awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jack Ma dilihat berada di Bangkok

Bernama
Bernama
07/01/2023
14:53 MYT
Jack Ma dilihat berada di Bangkok
Gambar Ma dan chef Supinya Junsuta atau lebih dikenali sebagai "Jay Fai" dimuat naik di akaun Instagram "Jayfaibangkok" pada Jumaat.
BANGKOK: Pengasas Kumpulan Alibaba Jack Ma dilihat berada di Bangkok pada minggu ini dan bertemu dengan chef terkemuka dan juara Muay Thai.
Gambar Ma dan chef Supinya Junsuta atau lebih dikenali sebagai "Jay Fai" dimuat naik di akaun Instagram "Jayfaibangkok" pada Jumaat dengan kapsyen "Sangat merendah diri, kami berbesar hati untuk menyambut kedatangan anda dan keluarga anda ke Jay Fai's."
Ma juga dilaporkan menyaksikan perlawanan tinju di Stadium Rajadamnern Bangkok. Gambar beliau dan juara tinju Thailand, Sombat Banchamek turut tular di media sosial.
Sejak kebelakangan ini Ma kurang tampil di khalayak umum selepas beliau dikatakan mengkritik pihak pengawal atur perniagaan China.
Pihak pengawal atur China dikatakan telah membatalkan IPO Ma's Ant Group dan mengenakan denda ke atas Alibaba yang mengendalikan platform beli-belah China yang popular iaitu Taobao dan Tmall, atas dakwaan amalan tidak adil.
Sejak itu, beliau bersama keluarganya dilaporkan tinggal di Tokyo.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jack Ma
#jutawan China
#Pengasas Alibaba
#Bangkok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan