awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jack Ma sandang jawatan profesor pelawat di universiti Jepun

Agensi
Agensi
02/05/2023
09:33 MYT
Jack Ma sandang jawatan profesor pelawat di universiti Jepun
Ma sebelum ini dilaporkan telah dianugerahkan sebagai profesor kehormat daripada fakulti perniagaan University of Hong Kong. - Bernama
TOKYO: Bilionair China, Jack Ma pada Isnin (1 Mei) menyandang jawatan sebagai profesor pelawat di sebuah universiti di Jepun, lantas menyaksikan pengasas syarikat teknologi gergasi Alibaba itu memulakan peranan akademik terbaharunya.
AFP melaporkan, pihak pengurusan Tokyo College iaitu sebahagian daripada University of Tokyo yang berprestij, berkata Ma akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan luasnya dalam bidang keusahawanan, pengurusan korporat dan inovasi menerusi seminar kepada penuntut dan petugas kolej.
Sosok berusia 58 tahun itu dilihat menjalani kehidupan berprofil rendah sejak cabaran yang dihadapinya susulan tindakan tegas pemerintah China membongkar hal ehwal industri teknologi sejak dua tahun lalu.
Ma sebelum ini dilaporkan telah dianugerahkan sebagai profesor kehormat daripada fakulti perniagaan University of Hong Kong, dan telah berkhidmat selama tiga tahun dan berakhir pada Mac 2026.
Di laman web Tokyo College, Ma dikatakan akan mengendalikan penyelidikan bersama dan projek dengan anggota fakulti, terutamanya dalam bidang kemampanan agrikultur dan pengeluaran makanan.
Sebagai profesor pelawat, belia juga dijangka dapat memberi nasihat dan sokongan terhadap topik penyelidikan.
Sebelum melancarkan Alibaba - yang meliputi e-perdagangan, perkomputeran awan, media dan kecerdasan buatan (AI), Ma mengajar Bahasa Inggeris selama lapan tahun di Hangzhou Dianzi University di timur China.
Beliau merupakan sasaran berprofil tinggi dalam tindakan pembanterasan pihak berkuasa China terhadap amalan persaingan syarikat-syarikat teknologi sejak penghujung tahun 2020.
Topic Berkaitan
#Jack Ma
#Profesor Pelawat
#University of Tokyo
#bilionair China
#keusahawanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan