DUNIA
Jakarta dilanda banjir besar, hampir 10,000 penduduk dipindahkan

Kawasan metropolitan Jakarta dilanda banjir besar pada malam Isnin, menyebabkan hampir 10,000 penduduk dipindahkan dan lebih 2,300 rumah dinaiki air. -Gambar fail/Reuters
JAKARTA: Kawasan metropolitan Jakarta dilanda banjir pada Isnin malam menyebabkan hampir 10,000 penduduk dipindahkan susulan hujan lebat berterusan sejak Ahad, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Kawasan metropolitan Jakarta dilanda banjir besar pada malam Isnin, menyebabkan hampir 10,000 penduduk dipindahkan dan lebih 2,300 rumah dinaiki air.
- Banjir menenggelamkan ratusan kawasan kejiranan dan jalan utama, dengan paras air melebihi 20 sentimeter di beberapa mukim, susulan hujan lebat berterusan sejak Ahad.
- BMKG telah mengeluarkan amaran awal banjir pesisir dan meramalkan hujan akan berterusan di kawasan Jabodetabek hingga Rabu.
"Ketinggian air mungkin lebih daripada satu meter. Saya sudah jangka akan berlaku banjir, tetapi tidak setinggi ini. Ada barang-barang saya yang tertimbus dalam lumpur," katanya kepada agensi berita itu pada Selasa.
Menurut Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Jakarta, banjir telah menenggelamkan ratusan kawasan kejiranan dan beberapa jalan utama pada Isnin, dengan paras air di beberapa mukim melebihi 20 sentimeter,
Kira-kira 371 penduduk dari lima mukim Jakarta terpaksa berpindah ke pusat pemindahan yang disediakan.
Sebelum banjir berlaku, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) telah mengeluarkan amaran awal mengenai potensi banjir pesisir antara 4 hingga 13 Julai.
BMKG turut meramalkan hujan akan berterusan di kawasan metropolitan Jakarta dari Isnin hingga Rabu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami