Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20

Mustafizur Rahman akan menyertai Liga Super Pakistan susulan tindakan IPL mengetepikan beliau walaupun mempunyai kontrak. - Foto Facebook Mustafizur Rahman
NEW DELHI: Bangladesh pada Rabu menyatakan bahawa Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) perlu memandang serius kebimbangan keselamatannya dan memindahkan semua perlawanan Piala Dunia T20 pasukannya keluar dari India.
Ringkasan AI
- Bangladesh menuntut agar ICC memindahkan semua perlawanan Piala Dunia T20 mereka dari India ke Sri Lanka atas alasan keselamatan pemain, selepas pemain boling pantas Mustafizur Rahman digugurkan oleh IPL.
- Lembaga Kriket Bangladesh (BCB) menulis surat kepada ICC meminta pemindahan lokasi perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC 2026 bagi menangani isu keselamatan yang tidak diambil serius oleh ICC.
- Walaupun ICC berjanji untuk berunding dengan BCB mengenai isu tersebut, Bangladesh tetap menganggap ia sebagai perkara yang melibatkan maruah negara dan menegaskan keperluan pemindahan tersebut.
Berang dengan kemelut IPL itu, Lembaga Kriket Bangladesh (BCB) menulis surat kepada ICC untuk memindahkan semua perlawanan Bangladesh dalam Piala Dunia T20 Lelaki ICC 2026 ke lokasi di luar India.
ICC menyatakan ia akan bekerjasama dengan BCB untuk menangani isu keselamatan tersebut namun jaminan berkenaan masih belum meredakan kebimbangan Bangladesh.
"Selepas membaca surat daripada ICC hari ini, nampaknya mereka belum memahami sepenuhnya tahap kebimbangan keselamatan yang kami hadapi untuk pemain kami di India. Ini bukan sekadar isu keselamatan; ia adalah perkara yang melibatkan maruah negara," kata Asif.
"Kami berharap dapat menjelaskan pendirian kami kepada ICC dan mereka akan mempertimbangkan kebimbangan kami secara ikhlas dan saksama. Kami telah bekerja keras untuk melayakkan diri ke Piala Dunia ini, dan kami berharap hujah kami akan diambil serius," katanya.
Piala Dunia T20 dihoskan bersama oleh India dan Sri Lanka dari 7 Feb hingga 8 Mac.
Sementara itu, Mustafizur Rahman akan menyertai Liga Super Pakistan (PSL) susulan tindakan IPL mengetepikan beliau walaupun mempunyai kontrak. PSL mengumumkan di laman X pada Selasa bahawa pemain pantas Bangladesh itu akan beraksi dalam edisi ke-11 yang dijadualkan antara 26 Mac hingga 3 Mei.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


