awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
New York dilanda salji tebal, ribuan perjalanan terganggu
Gunung Etna meletus, abu tebal cetus amaran penerbangan
Polis Delhi tahan ratusan individu dalam operasi keselamatan menjelang Tahun Baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakarta laksana pemberian vaksin COVID-19 berbayar mulai 1 Jan

Bernama
Bernama
28/12/2023
09:03 MYT
Jakarta laksana pemberian vaksin COVID-19 berbayar mulai 1 Jan
Kementerian Kesihatan menggesa orang ramai supaya terus memakai pelitup muka dan mengamalkan amalan hidup bersih dan sihat bagi mengelak potensi lonjakan kes COVID-19. - Gambar fail/Reuters
JAKARTA: Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta akan melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar mulai 1 Jan 2024, dan mengingatkan orang ramai supaya segera melengkapkan vaksinasi mereka di perkhidmatan kesihatan terdekat sementara masih percuma, lapor agensi berita ANTARA.
"Mulai 1 Jan 2024, orang ramai wajib membayar untuk vaksin COVID-19," menurut Ketua Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta Ani Ruspitawati, pada Khamis.
Beliau berkata vaksin COVID-19 berbayar ini melibatkan semua dos vaksin. Bagaimanapun, warga emas dan kumpulan yang mudah terjejas masih diberikan vaksin COVID-19 secara percuma.
Ruspitawati masih belum memperincikan kos yang akan dikenakan bagi setiap dos vaksin kerana masih menunggu mekanisme perkhidmatan dan teknikal daripada Kementerian Kesihatan.
"Mungkin orang ramai dikenakan bayaran biasa seperti vaksin berbayar lain. Bagaimanapun, kita masih perlu menunggu keputusan kementerian," katanya.
Sehingga hujung 2023, beliau mengesahkan bahawa semua vaksin COVID-19 masih percuma dan boleh didapati di semua pusat kesihatan daerah kecil di Jakarta.
Kerajaan wilayah DKI Jakarta turut mengingatkan orang ramai supaya melengkapkan vaksinasi COVID-19, memakai pelitup muka dan menjaga kesihatan bagi mencegah penularan virus sempena cuti Tahun Baharu.
Selain itu, Kementerian Kesihatan juga menggesa orang ramai supaya terus memakai pelitup muka dan mengamalkan amalan hidup bersih dan sihat bagi mengelak potensi lonjakan kes COVID-19, terutama di kalangan warga emas dan orang yang tidak divaksin.
Terdahulu, Presiden Joko Widodo mengingatkan orang ramai bahawa rawatan pesakit COVID-19 tidak lagi dilindungi oleh kerajaan memandangkan status telah bertukar daripada pandemik kepada endemik.
"Jika anda dijangkiti COVID-19 semasa endemik, anda mesti membayar untuk mendapat rawatan," katanya di Bogor, Jawa Barat pada Jun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Jakarta
#vaksin
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan