awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Leona rasa sudah tiba masa berumah tangga, doa agar jumpa jodoh tahun depan - “Ramai kawan dah kahwin, saya cemburu”
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
Empat warga Sepanyol hilang selepas bot karam di perairan Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Delhi tahan ratusan individu dalam operasi keselamatan menjelang Tahun Baharu

Bernama
Bernama
27/12/2025
23:20 MYT
Polis Delhi tahan ratusan individu dalam operasi keselamatan menjelang Tahun Baharu
Polis turut menahan 116 individu yang dikategorikan sebagai "pesalah berulang", iaitu mereka yang berada di bawah pemantauan berikutan rekod jenayah lampau. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Polis di Delhi menahan ratusan individu dan merampas pelbagai senjata dalam satu operasi keselamatan menjelang sambutan Tahun Baharu.
Menurut Polis Delhi dalam satu hantaran di media sosial pada Sabtu, operasi yang dinamakan "Aaghat 3.0" itu menyasarkan jenayah terancang, dengan sekurang-kurangnya 504 individu ditahan atas tindakan pencegahan.
Kira-kira 150 orang ditahan berkaitan rampasan pelbagai barangan, termasuk 21 pistol, 20 butir peluru hidup, 27 senjata tajam, ribuan liter minuman keras, 231 kenderaan dua roda, hasil perjudian serta 310 telefon bimbit yang dilaporkan hilang atau dicuri.
Polis turut menahan 116 individu yang dikategorikan sebagai "pesalah berulang", iaitu mereka yang berada di bawah pemantauan berikutan rekod jenayah lampau.
Tindakan pihak polis di ibu negara itu bertujuan mencegah sebarang kejadian tidak diingini serta memastikan ketenteraman awam terpelihara menjelang sambutan Tahun Baharu, menurut laporan media India.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis Delhi
#operasi keselamatan
#tahun baharu
#Aaghat 3 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan