Sehelai jaket yang pernah dipakai aktor Harrison Ford sewaktu membawa watak Han Solo dalam filem Star Wars, The Empire Strikes Back, dijangka dapat terjual sehingga nilai 1 juta Pound Sterling (RM5.25 juta) dalam satu lelongan memorabilia filem pada Khamis.
Reuters melaporkan, para pengumpul tegar juga berpeluang mendapatkan barangan khas dari filem lain seperti Indiana Jones, Forrest Gump dan Back To The Future II, dalam acara lelongan di London.
Gedung Prop Store yang berpangkalan di London dan Los Angeles, akan mengetengahkan lebih daripada 600 item untuk dijual dari sekitar 150 filem dan program televisyen.
"Kami menerima jumlah pendaftaran yang tidak pernah dijangkakan untuk acara lelongan tahun ini,” ujar pengasas dan ketua eksekutif Prop Store, Stephen Lane.
Barangan utama dalam acara lelongan itu adalah jaket kelabu kebiruan yang pernah dipakai Han Solo.
Jaket itu ditemui di dalam sebuah gedung kostum, dan syarikat itu berkata ia merupakan satu-satunya helaian kostum dari trilogi filem asal yang dilelong.
Item lain dari filem Star Wars termasuklah penutup kepala Stormtrooper dari filem The Last Jedi, dengan jangkaan mampu meraih nilai sehingga 60,000 Pound. Pedang lightsaber Anakin Skywalker dari filem Revenge of the Sith pula mampu mencapai nilai 100,000 Pound.
Item kedua paling mahal untuk dilelong ialah topi fedora yang Ford gayakan sebagai Indiana Jones dalam filem Raiders of the Lost Ark. Ia dilihat mampu mencapai nilai lelongan sehingga 200,000 hingga 300,000 Pound. Sementara itu, cemeti dari filem Indiana Jones and the Temple of Doom mampu terjual sehingga 70,000 Pound.
Para peminat Back to the Future berpeluang memiliki salah satu hoverboard yang digunakan aktor Michael J. Fox dalam sekuel fiksyen sains tahun 1989 itu. Ia dijangka mampu mencapai harga sehingga 30,000 hingga 50,000 Pound.
Selain itu, barangan lain untuk dilelong adalah pakaian untuk watak lakonan Brad Pitt dalam filem Fight Club, serta topi yang dipakai Tom Hanks dalam Forrest Gump.
Agensi
Thu Sep 20 2018
Entah siapa agaknya yang bakal memiliki jaket Han Solo ini pada acara lelongan nanti? - Reuters
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
BNM raih RM2.7 juta pada lelongan wang kertas Malaysia
Acara Lelongan Ke-13 Wang Kertas Malaysia Siri Keempat dengan Nombor Siri Khas pada 13-20 November lepas, berjaya meraih sejumlah RM2.7 juta daripada bidaan oleh kalangan pengumpul dari serata dunia.
Jaket Han Solo dilelong, dijangka mampu capai harga RM5.25 juta!
Item lain dari filem Star Wars termasuklah penutup kepala Stormtrooper dari filem The Last Jedi, dengan jangkaan mampu meraih nilai sehingga 60,000 Pound.