Putera Mahkota Saudi berangkat ke Amerika Syarikat untuk bertemu Trump

Pertemuan itu akan menjadi lawatan pertama Putera Mohammed ke Rumah Putih sejak Mac 2018. - Gambar fail/ AP
RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman berangkat meninggalkan Riyadh pada Isnin menuju ke Amerika Syarikat bagi menghadiri rundingan dengan Presiden Donald Trump, lawatan pertamanya ke Washington sejak insiden pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada 2018 yang mengundang perhatian meluas masyarakat antarabangsa.
Ringkasan AI
- Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman berangkat ke Amerika Syarikat untuk pertemuan dengan Presiden Donald Trump, pertama kalinya sejak insiden pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada 2018 yang mencetuskan keresahan di peringkat global.
- Rombongan Putera Mahkota termasuk beberapa menteri dan tokoh perniagaan, dijadual bertemu Trump di Rumah Putih untuk membincangkan hubungan dua hala, kerjasama dalam pelbagai bidang, serta isu-isu kepentingan bersama.
- Trump menyifatkan pertemuan tersebut sebagai penting dan sedang mempertimbangkan permohonan Arab Saudi untuk membeli pesawat pejuang F-35, menjadikan kunjungan ini berpotensi memberi kesan kepada hubungan dua negara.
Mohammed mengetuai rombongan yang terdiri daripada Menteri Luar, Menteri Tenaga, Menteri Kewangan, Gabenor Dana Pelaburan Awam (PIF) serta beberapa tokoh perniagaan, menurut sumber kepada dpa.
Trump baru-baru ini menyifatkan pertemuan itu sebagai lebih daripada sekadar mesyuarat rasmi, sambil menyatakan: "Kita sedang memuliakan Arab Saudi."
Beliau juga berkata pihaknya sedang mempertimbangkan permohonan kerajaan Saudi untuk membeli pesawat pejuang F-35.
Pertemuan itu akan menjadi lawatan pertama Putera Mohammed ke Rumah Putih sejak Mac 2018.
Arab Saudi merupakan destinasi luar negara pertama yang dikunjungi Trump bagi lawatan rasmi negara dalam kedua-dua penggal pentadbirannya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


