awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAL hukum presiden, eksekutif atas skandal juruterbang minum arak

Bernama
Bernama
17/09/2025
15:15 MYT
JAL hukum presiden, eksekutif atas skandal juruterbang minum arak
Pada 10 Sept, Kementerian Pengangkutan Jepun mengeluarkan amaran keras kepada JAL kerana didapati gagal melaksanakan pengurusan serta penyeliaan dalaman yang mencukupi berhubung pengambilan alkohol. - Gambar fail/AFP
TOKYO: Japan Airlines (JAL) pada Rabu mengumumkan pemotongan imbuhan Presiden Mitsuko Tottori bersama 36 eksekutif lain susulan skandal membabitkan seorang juruterbang yang minum arak berlebihan di Hawaii sebelum bertugas, lapor Jiji Press.
Juruterbang berusia 64 tahun itu telah dipecat pada Khamis lalu sebagai tindakan tatatertib, kata syarikat penerbangan itu.
Menurut JAL, gaji bulanan Tottori akan dipotong sebanyak 30 peratus selama dua bulan. Pegawai Eksekutif Pengurusan Yukio Nakagawa, yang turut berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Keselamatan, serta Masaki Minami yang bertanggungjawab ke atas operasi penerbangan, akan menerima pemotongan gaji sebanyak 20 peratus untuk sebulan.
Baki 34 eksekutif lain pula akan dipotong gaji sebanyak 10 peratus untuk sebulan.
Siasatan mendapati juruterbang itu, yang dijadual mengendalikan penerbangan dari Honolulu, Hawaii ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair di Wilayah Aichi pada 28 Ogos, minum tiga botol bir dengan kandungan alkohol 9.5 peratus sehari sebelum bertugas. Kejadian itu menyebabkan kelewatan sehingga 18 jam setengah bagi tiga penerbangan.
Pada 10 Sept, Kementerian Pengangkutan Jepun mengeluarkan amaran keras kepada JAL kerana didapati gagal melaksanakan pengurusan serta penyeliaan dalaman yang mencukupi berhubung pengambilan alkohol. Hukuman pentadbiran terhadap bekas juruterbang berkenaan juga sedang dipertimbangkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minum arak
#Japan Airlines
#tindakan tatatertib
#kandungan alkohol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan