RAMALLAH: "Koridor Maut dan Penghinaan" begitulah yang disifatkan oleh wartawan Palestin Salwa Al Rabiah (bukan nama sebenar) yang terpaksa menempuhi Jalan Salah al-Din yang ditetapkan regim Israel sebagai "Koridor Kemanusiaan" untuk perpindahan ribuan penduduk Gaza dari utara ke selatan.
Al-Rabiah berkata: "Pada pagi 12 November, kami terpaksa bergerak keluar dari utara Gaza menuju selatan melalui Jalan Salah al-Din kerana hospital yang kami berlindung dibedil tentera Zionis", lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Beliau sebelum ini berlindung di Hospital al-Quds bersama 10 ahli keluarganya setelah pangsapuri mereka di Gaza musnah di serang tentera penceroboh Israel sejak 7 Okt lepas.
Hospital al-Quds yang diselia Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin yang terletak di Gaza City, merupakan hospital kedua terbesar di Semenanjung Gaza selepas Hospital Al-Shifa.
Al-Rabiah berkata sebaik tiba di satu kawasan, tentera Israel menahan kenderaan dan mengarahkan semua turun dan dipaksa berjalan kaki.
"Puluhan keluarga Palestin yang berada dalam kenderaan tiada pilihan kecuali akur pada arahan.
"Masing-masing menggendong anak dan menggalas beg pakaian, berjalan kaki di hadapan muncung kereta kebal yang mengawasi kami sepanjang perjalanan sejauh 14 kilometer hingga ke Wadi Gaza selama lebih 10 jam.
"Pada setiap sekatan jalan pula, kami ditahan lebih sejam setengah. Ada wanita yang menjadi mangsa pencabulan, ada juga yang barang kemas mereka dirampas. Malah, ada juga beberapa orang yang dipaksa menanggalkan pakaian dalam keadaan cuaca sangat sejuk di hadapan kami semua," katanya.
Menceritakan keadaan semasa berlindung di Hospitl al-Quds, Al-Rabiah berkata hospital itu menjadi tempat berlindung kira-kira 15,000 orang dengan keadaan sangat sesak dan kekurangan bekalan makanan serta ketiadaan air bersih untuk diminum.
"Keadaan bertambah buruk apabila kami menerima amaran hospital itu akan diserang. Kami hidup dalam ketakutan dan kebimbangan namun cuba menenangkan antara satu sama lain, walaupun kami tahu rejim Zionis benar-benar akan menyerang dan membunuh kami semua seperti yang berlaku di Hospital al-Mu'ammadani sebelum ini," katanya.
Setelah 20 hari dikepung, tentera Israel pada Sabtu memutuskan sepenuhnya bekalan elektrik dan air serta rangkaian telekomunikasi sebelum memulakan serangan.
"Saya meminta bantuan melalui laman media sosial, selain berhubung dengan Persatuan Palang Merah, namun mereka berkata masanya tidak sesuai dan meminta kami menunggu operasi menyelamat," katanya.
Sementara itu, seorang lelaki yang merupakan antara orang terakhir berjaya dibawa keluar dari Hospital al-Quds berkongsi detik ngeri yang dilaluinya.
"Ketika tidak sampai kira-kira 50 meter saya dan orang awam yang berlindung di hospital itu termasuk pesakit lain keluar meninggalkan kompleks hospital itu sambil mengangkat sepanduk putih, tentera Zionis melepaskan tembakan peluru hidup ke arah kami dan memaksa kami berpatah balik ke hospital.
"Kami kemudian diarah keluar melalui laluan lain untuk menuju ke Jalan Salah al-Din.
"Setelah dua jam berjalan, ada beberapa orang dalam kalangan kami menjadi mangsa sasaran penembak hendap. Akhirnya kami tiba di Jalan Salah al-Din sambil dikelilingi kereta kebal. Maka bermulalah detik paling menghinakan dalam hidup kami," kata lelaki itu.
Tentera Zionis turut bertindak mencampakkan debu tanah sebelum meminta menyerahkan kad pengenalan masing-masing.
"Ada beberapa orang pemuda dipanggil dan diminta untuk menanggalkan pakaian di hadapan kami. Saya dan beberapa orang lagi dikerahkan untuk masuk ke dalam sebuah lubang untuk disoal siasat," katanya.
Bukan itu sahaja, tentera Zionis turut menyoal siasat para doktor dan pegawai Palang Merah, ada doktor yang ditahan manakala beberapa orang diarah menghadap timbunan pasir.
"Kemudian, kami menyaksikan seorang pemuda ditembak dan tidak diketahui nasibnya sekarang. Sementara enam orang pemuda lagi dipaksa tunduk hormat kepada bendera penjajah sambil muncung senapang dihalakan ke arah mereka," katanya.
Operasi Hospital al-Quds di Gaza pada Ahad sudah terhenti sepenuhnya akibat ketiadaan bekalan petrol dan elektrik.
Selain dikepung dengan kereta kebal, bangunan hospital turut diserang bertubi-tubi dan dibedil dengan mortar mengorbankan pesakit dan penghuni yang berlindung di situ, menurut WAFA.
Kementerian Kesihatan Palestin pada Sabtu mengumumkan 26 daripada 35 buah hospital di Semenanjung Gaza sudah menghentikan operasi kerana ketiadaan bekalan petrol dan terputus bekalan eletrik.
Menurut laporan berita, sekurang-kurangnya 13,000 penduduk Palestine terbunuh manakala ribuan lagi cedera parah dalam serangan tanpa henti tentera Zionis Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023

Puluhan keluarga Palestin yang berada dalam kenderaan tiada pilihan kecuali akur pada arahan, dipaksa berjalan kaki di lintasan itu. - AP

Kisah P.Ramlee bakal ke layar perak
Filem ini akan menjejaki perjalanan luar biasa P. Ramlee dari permulaannya yang sederhana hingga kebangkitan luar biasa sebagai khazanah negara.

Meituan sahkan tidak berminat ambil alih foodpanda
Pasaran foodpanda dikatakan sangat kecil, hanya sekitar 6 peratus pasaran China sahaja. Ini mungkin membuatkan Meituan tidak berminat dengannya.

Guna AI tentukan umur penonton kandungan lucah di bawah garis panduan baharu UK
Britain mencadangkan garis panduan baharu semakan umur bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses pornografi dalam talian.
AS sekat visa ekstremis Israel lakukan keganasan di Palestin
Amerika Syarikat umum akan mengenakan larangan visa kepada Israel jika terus melakukan keganasan di Tebing Barat. Menurut Setiausaha Negara Antony Blinken larangan visa terhadap ekstremis zionis yang melakukan keganasan kepada warga palestin selain kemusnahan tempat tinggal.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli, bagi mendepani peningkatan kes buli melibatkan fizikal, mental dan seksual. Menurut Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA) Merangkap Ketua Gerakan Penggubalan Akta Anti Buli, Wan Azliana Wan Adnan berkata, tiada undang-undang khusus terpakai bagi kes buli di sekolah.
Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak lelaki autisme hilang di Petaling Jaya
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang hilang sejak Selasa lalu.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Rabu mencatatkan penurunan kepada 3,260 mangsa berbanding lebih 6,000 mangsa semalam.
KKM senarai empat produk kosmetik dikesan ada racun berjadual
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang awam tidak membeli dan menggunakan empat produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.

Grand Theft Auto VI dijangka hadir 2025, penantian 12 tahun bakal berakhir
Menerusi treler yang dikongsikan, ia mengesahkan siri GTA akan kembali ke Vice City buat pertama kali sejak GTA: Vice City dari tahun 2002.
![[KOLUMNIS] Pendekatan Malaysia terhadap kehadiran polis asing: Pengajaran dari Thailand [KOLUMNIS] Pendekatan Malaysia terhadap kehadiran polis asing: Pengajaran dari Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603636859_TBPUTRAJAYA.jpg)
[KOLUMNIS] Pendekatan Malaysia terhadap kehadiran polis asing: Pengajaran dari Thailand
Malaysia harus kekalkan pendekatan seimbang, pastikan hubungan ekonomi dengan kuasa besar tidak gugat kedaulatan dan kemerdekaan.

Israel dakwa berjaya kepung Khan Younis
Israel juga menyifatkan ia sebagai hari pertempuran paling sengit dalam lima minggu operasi darat terhadap pejuang Hamas.

China serah barangan bantuan kemanusiaan kepada Palestin
Majlis menandatangani sijil penyerahan barangan bantuan kemanusiaan kecemasan dari kerajaan China kepada Gaza, Palestin diadakan pada 3 Dis.

70 peratus hospital di Gaza lumpuh
WHO menggesa tindakan segera untuk memulihkan sistem kesihatan di Gaza yang terjejas teruk akibat kempen pengeboman rejim Zionis.

PBB bimbang situasi kemanusiaan di Gaza semakin meruncing
Situasi terkini tidak membenarkan badan dunia itu menyelesaikan isu keperluan asas penduduk.

Israel ancam pengeboman, arah penduduk Gaza berpindah dengan segera
IDF dalam satu ciapan di platform X menyiarkan peta lokasi potensi serangan dan menyasarkan satu perempat bandar Khan Younis.

Perang kini sudah memasuki fasa baharu - Israel
Rejim Zionis tekad untuk menghapuskan kumpulan pejuang Hamas di seluruh Semenanjung Gaza demi mencapai matlamatnya.

Tentera Israel tembak dua ambulans di Semenanjung Gaza
Kejadian itu berlaku di kawasan Faluja di utara Gaza, dengan dua paramedik persatuan itu dan seorang lagi cedera.

Israel bom kediaman warga Jordan di Gaza
Kerajaan Jordan meletakkan kesalahan sepenuhnya pada tentera Israel atas keselamatan keluarga itu dan semua warga negaranya yang tidak dapat meninggalkan Semenanjung Gaza.

Semakin ramai anak yatim di Gaza
Visual dua kanak-kanak diselubungi debu, menangis ketika mereka mencari bapa mereka yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

Tiada tempat selamat di Gaza - Hamas
Israel telah berbohong mengenai wujudnya kawasan selamat di wilayah itu.