awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jane Fonda, Joaquin Phoenix sertai protes perubahan iklim di luar Kongres AS

Agensi
Agensi
10/01/2020
18:00 MYT
Jane Fonda, Joaquin Phoenix sertai protes perubahan iklim di luar Kongres AS
Joaquin Phoenix dan Jane Fonda antara bintang Hollywood yang menyertai perhimpunan menuntut tindakan segera terhadap fenomena perubahan iklim. - Reuters
Aktivis dan pelakon veteran Jane Fonda menyertai beberapa bintang Hollywood yang lain seperti Joaquin Phoenix dan Martin Sheen dalam perhimpunan di kaki bangunan Capitol AS di Washington pada Jumaat, menuntut tindakan segera terhadap fenomena perubahan iklim.
"Perubahan iklim menjadikan penduduk di negara ini dan negara-negara lain bimbang akan masa depan mereka," kata Fonda yang memakai topi merah ketika dia memberi ucapan, disambut sorakan peserta perhimpunan yang lain.
Fonda juga tidak ketinggalan meluahkan keprihatinan terhadap kebakaran hutan di Australia, yang telah memusnahkan puluhan ribu kilometer persegi kawasan hutan dan menyebabkan sekurang-kurangnya 27 kematian.
Beribu-ribu penunjuk perasaan keluar di Sydney pada Sabtu, menuntut agar kerajaan Australia bertindak segera untuk mengatasi isu perubahan iklim.
Minggu lepas, Phoenix menerusi ucapannya dalam majlis anugerah Golden Globe ketika memenangi anugerah untuk Pelakon Lelaki Terbaik, menyeru orang ramai untuk 'berkorban' dalam membantu melambatkan pemanasan global.
"Industri daging dan tenusu adalah antara punca utama perubahan iklim. Ada sesuatu yang boleh anda lakukan hari ini, sekarang dan esok dengan cara membuat pilihan tentang apa yang anda makan," kata Phoenix dalam perhimpunan itu.
BACA: 'Joker' ditahan ketika sertai protes
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#jane fonda
#joaquin pheonix
#kongres AS
#pemanasan global
#perubahan iklim
#protes
#tunjuk perasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan