awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan lupa, Israel dibentuk melalui PBB' - Presiden Perancis ingatkan Netanyahu

Pia Ernadya
Pia Ernadya
16/10/2024
15:19 MYT
'Jangan lupa, Israel dibentuk melalui PBB' - Presiden Perancis ingatkan Netanyahu
Perancis juga telah berulang kali mengutuk insiden serangan Israel terhadap pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan, yang turut melibatkan anggota dari Perancis. - Sumber IG: trtworld
PRESIDEN Perancis, Emmanuel Macron, mengingatkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu agar tidak lupa bahawa negaranya dibentuk melalui keputusan PBB.
Kenyataan Macron itu, yang dibuat dalam sebuah mesyuarat Kabinet mingguan Perancis pada Selasa di Istana Elysee, muncul di tengah ketegangan yang semakin meningkat antara beliau dan Netanyahu.
Sebelum ini, pemimpin Perancis itu mencadangkan bahawa menghentikan eksport senjata ke Israel adalah satu-satunya cara untuk menghentikan serangan ke atas Gaza dan Lubnan.
"Oleh itu, ini bukan masanya untuk mengabaikan keputusan-keputusan PBB," tegasnya.
Kenyataan Macron itu dikongsikan oleh seorang individu yang bercakap kepada agensi berita Perancis, Agence France-Presse (AFP), dan meminta agar tidak dinamakan.
Perancis juga telah berulang kali mengutuk insiden serangan Israel terhadap pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan, yang turut melibatkan anggota dari Perancis.
Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB menyatakan bahawa hanya tentera Lubnan dan misi pengaman PBB, UNIFIL, yang boleh ditempatkan di selatan Lubnan.
Pada Rabu, Macron meluahkan "kemarahan" beliau terhadap serangan Israel ke atas pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di selatan Lubnan, kata pejabat presiden Perancis, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan akhbar dari Elysee, Macron membuat panggilan telefon kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Selasa, yang beliau menggesa Perdana Menteri Israel untuk "menamatkan sasaran yang tidak wajar ini".
Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) merupakan elemen kredibiliti penting untuk penyelesaian krisis di selatan Lubnan, menurut Elysee, sambil menambah bahawa UNIFIL akan kekal di selatan Lubnan untuk keselamatan Israel dan Lubnan.
Perancis akan terus bekerjasama dengan pasukan itu dan bersama setiausaha agung PBB untuk melaksanakan sepenuhnya misi UNIFIL, menurut Elysee.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Emmanuel Macron
#Benjamin Netanyahu
#serangan Israel
#PBB
#lubnan
#UNIFIL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan