JAKARTA:Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi jangkitan baharu COVID-19, selepas merekodkan lebih 11,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Rekod kematian bagi virus itu juga tertinggi selepas mencatatkan 306 lagi kematian, menjadikan kematian keseluruhan di seluruh republik itu kini 24,951 orang.
Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, covid19.go.id hari ini, kes positif baharu COVID-19 bagi tempoh 24 jam itu adalah sebanyak 11,278 kes, menjadikan kes keseluruhan meningkat kepada 858,043 kes.
Provinsi Jakarta kekal provinsi tertinggi jangkitan virus itu iaitu 214,728 kes selepas mencatatkan kes harian tertinggi setakat ini iaitu 3,476 kes baharu.
Provinsi Jawa Timur kekal provinsi tertinggi jumlah kematian keseluruhan iaitu 4,255 kematian, dengan 94 lagi kematian dalam tempoh 24 jam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 13 2021

Provinsi Jakarta kekal provinsi tertinggi jangkitan virus itu iaitu 214,728 kes selepas mencatatkan kes harian tertinggi setakat ini iaitu 3,476 kes baharu. - Gambar fail

Semua pekerja ladang di Sabah wajib jalani saringan COVID-19
Kerajaan Negeri Sabah mewajibkan syarikat perladangan di negeri ini untuk membuat saringan COVID-19 keatas semua pekerja ladang.

V Shem-Wee Kiong wakil tunggal Malaysia di Terbuka Thailand
Beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong muncul sebagai penyelamat selepas wakil negara yang lain tersingkir pada Kejohanan Badminton Yonex Terbuka Thailand.

WHO di Wuhan | Siasat asal-usul COVID-19, jangka makan masa lama
Bekas Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran agar orang ramai tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap tinjauan pasukan WHO di Wuhan, China yang dikatakan bagi menyiasat asal-usul wabak COVID-19.

Gempa Sulawesi | 15 disahkan maut, 15,000 mangsa diarah berpindah keluar
Sekurang-kurangnya 15 maut dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala richter di Sulawesi, Indonesia pada 2.28 pagi Jumaat.

Pelanggan sah positif COVID-19, WTC ditutup sementara waktu
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat mengesahkan salah seorang pelanggannya positif COVID-19.

Harimau dahan betina ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan
Seekor harimau dahan betina dewasa ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Tapah-Bidor, Tapah petang semalam. it

PKP 2.0: Toyota, Honda tutup kilang di Malaysia
Dua syarikat automotif dunia, Toyota Motor (Toyota) dan Honda Motor (Honda) menutup operasi di beberapa kilang di Malaysia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Tabung Haji | Jaminan kerajaan kepada TH akan dipertahankan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan Jaminan Kerajaan kepada lebih 9 juta pendeposit tetap Tabung Haji (TH) terus dipertahankan.Jelasnya, perbincangan diantara pihaknya dan Menteri Kewangan sebelum ini hanyalah mengenai isu penstrukturan semula yang bakal membawa keberhasilan yang tinggi kepada Tabung Haji.

Menyamar jadi polis samun warga asing, ditangkap
Polis Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang menahan dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis sebelum bertindak menyamun dan mencuri motosikal warga asing di daerah itu. Kedua dua lelaki berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan dalam Op Cantas dan Lejang di Penaga Kepala Batas, Pulau Pinang kira kira jam 9 malam Khamis.

Apa fungsi Jawatankuasa Khas jika Kabinet berfungsi seperti biasa?
Sekiranya Kabinet berfungsi seperti biasa, apa keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi Proklamasi Darurat, soal Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Thailand minta Sinovac sediakan lebih banyak data ujian klinikal
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Thaweesilp Wissanuyothin berkata pertimbangan utama negaranya terhadap vaksin COVID-19 adalah keselamatan dan keberkesanannya.

KKM sasar kes turun kepada 500 dalam empat minggu - Dr Noor Hisham
Tempoh empat minggu mungkin diperlukan untuk mencapai sasaran itu dan berharap tidak perlu dilanjutkan lagi.

'Terdedah kurang 1 meter, lebih 15 minit' - Dr Noor Hisham perjelas maksud kontak rapat
Langkah itu bagi mengekang jangkitan COVID-19 daripada berleluasa.

Kes baharu empat angka masih jadi tumpuan sidang media KKM
Berikut merupakan tumpuan sidang media KKM pada 13 Januari.

Jangkitan baharu COVID-19 di Indonesia lepasi angka 11,000 kes
Kes positif baharu COVID-19 bagi tempoh 24 jam itu adalah sebanyak 11,278 kes.

COVID-19: Malaysia rekod 3,309 jangkitan baharu, tertinggi pernah direkodkan
Noor Hisham berkata, pertambahan jumlah itu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 141,533.

Kes COVID-19 naik mendadak di Johor susulan saringan pekerja asing - Exco
Punca utama pengenalan kes baharu dalam kalangan pekerja industri adalah disebabkan pergerakan mereka ke zon merah di luar negeri itu.

Piala FA: Villa dedah jangkitan COVID-19 menjelang aksi dengan Liverpool
Villa semalam mendedahkan sejumlah besar pemain dan staf pasukan utama mereka sedang diasingkan selepas diuji positif COVID-19 minggu ini.

COVID-19: Rakyat Malaysia antara jangkitan dalam komuniti di Singapura
Setakat tengah hari Khamis, Singapura melaporkan 33 kes baharu dengan dua jangkitan dalam komuniti dan 31 kes import, menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di republik itu sebanyak 58,813 kes.

COVID-19: Kes baharu di Indonesia hampir cecah 10,000 kes
Kes baharu tertinggi setakat ini itu menjadikan kes positif keseluruhan di republik itu meningkat kepada 797,723 kes.