awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangkitan paru-paru Paus Francis 'terkawal' - Vatican

Bernama
Bernama
20/03/2025
11:24 MYT
Jangkitan paru-paru Paus Francis 'terkawal' - Vatican
Pejabat akhbar Vatican memaklumkan bahawa radang paru-paru yang dialami oleh pemimpin tertinggi Gereja Katolik itu kini berada dalam keadaan "terkawal." - Gambar/ Reuters
ROM: Kesihatan Paus Francis dilaporkan bertambah baik, menurut kenyataan Vatican pada Rabu, dengan menyatakan bahawa pemimpin berusia 88 tahun itu kini tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan ketika dirawat di hospital, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut buletin perubatan yang dikeluarkan pada sebelah petang, Paus Francis tidak lagi memerlukan "ventilasi mekanikal bukan invasif" dan keperluannya terhadap terapi oksigen aliran tinggi juga semakin berkurangan.
Rawatan itu digunakan beberapa kali terhadap Paus Francis sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Namun, beliau masih menerima bantuan pernafasan secara berselang melalui tiub di hidungnya.
"Terapi fisioterapi motor dan pernafasan menunjukkan kemajuan positif," menurut kenyataan itu.
Selain itu, pejabat akhbar Vatican memaklumkan bahawa radang paru-paru yang dialami oleh pemimpin tertinggi Gereja Katolik itu kini berada dalam keadaan "terkawal."
Paus Francis telah dirawat di hospital di Rom selama lebih sebulan.
Selain radang paru-paru, beliau turut mengalami jangkitan saluran pernafasan akibat pelbagai patogen yang kini "terkawal, meskipun belum sepenuhnya sembuh," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Paus Francis
#jangkitan paru-paru
#Vatican
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan