awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasad 587 mangsa pembunuhan beramai-ramai digali di timur Rwanda

Bernama
Bernama
27/04/2023
13:29 MYT
Jasad 587 mangsa pembunuhan beramai-ramai digali di timur Rwanda
Penemuan mayat itu terbongkar apabila sebuah gereja di daerah itu menjalankan kerja-kerja membuat teres dalam usaha penyediaan tanah untuk pertanian. - Twitter @Informer_ke
KIGALI: Jasad sekurang-kurangnya 587 orang daripada puak Tutsi yang menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai pada 1994, digali di daerah Rusizi di barat Rwanda, lapor Xinhua yang memetik penyiar kebangsaan Rwanda Television pada Rabu.
"Kami telah menemui mayat 587 mangsa pembunuhan beramai-ramai sejak memulakan pencarian pada 23 Mac tahun ini," kata Oswald Kabera, seorang mangsa yang terselamat dan anggota IBUKA, sebuah organisasi payung persatuan mangsa pembunuhan beramai-ramai, dipetik sebagai berkata.
Beliau berkata penemuan mayat itu terbongkar apabila sebuah gereja di daerah itu menjalankan kerja-kerja membuat teres dalam usaha penyediaan tanah untuk pertanian.
"Jasad seorang mangsa pembunuhan beramai-ramai ditemui dalam proses itu dan ini mendorong pihak berkuasa daerah Rusizi untuk memulakan pencarian mangsa pembunuhan beramai-ramai," kata Kabera.
Jasad mangsa masih ditemui di banyak kawasan di Rwanda, 29 tahun selepas pembunuhan beramai-ramai itu berelaku.
Rakyat Rwanda memulakan aktiviti memperingati ulang tahun ke-29 Genosid 1994 bertema "Remember-Unite-Renew" pada 7 April.
Aktiviti memperingati pembunuhan beramai-ramai itu akan diteruskan sehingga 4 Julai menandakan malapetaka 100 hari, apabila lebih satu juta orang, terutama anggota masyarakat Tutsi dan Hutu dibunuh.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#rwanda
#pembunuhan beramai
#puak tutsi
#hutu
#bongkar tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan