Jasad Kofi Annan dikebumi pada Khamis

Astro Awani
September 10, 2018 23:06 MYT
Tentera PBB membawa keranda Kofi Annan, yang dibalut bendera PBB, ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kotoka di Accra, Ghana, 10 September, 2018. (AP Photo)
Jasad bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kotoka di Accra, Ghana pada Isnin.
Annan dijangka akan disemadikan pada Khamis ini.
Beliau meninggal dunia pada 18 Ogos lalu di Bern, Switzerland pada usia 80 tahun.
Annan, yang dilahirkan di Ghana, berkhidmat sebagai Setiausaha Agung PBB yang ketujuh dari Januari 1997 hingga Disember 2006.
BACA: Dr Mahathir dukacita atas kematian Kofi Annan
VIDEO: Penghormatan terakhir buat Kofi Annan
Pada 2001, beliau dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel bagi usahanya dalam memperjuangkan hak asasi manusia.
Jawatankuasa Nobel juga mengakui komitmennya dalam membanteras penyebaran virus HIV di Afrika.
Antara lain, Annan merupakan pengasas dan pengerusi Kofi Annan Foundation.
#Accra #Ghana #kebumi #Kofi Annan #meninggal dunia #Setiausaha Agung PBB