DUNIA
Jawatankuasa Arab-Islam Gaza: Israel langgar undang-undang halang lawatan ke Ramallah

Mesyuarat yang diadakan pada Ahad di Amman dipengerusikan oleh Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan bin Abdullah. - Gambar fail/Reuters
AMMAN: Jawatankuasa Menteri Arab-Islam mengenai Gaza menegaskan bahawa tindakan rejim Zionis menghalang lawatan delegasi jawatankuasa itu ke Ramallah mencerminkan keangkuhan Israel sebagai kuasa pendudukan serta pelanggaran undang-undang antarabangsa dan obligasi perundangannya, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Ringkasan AI
- Jawatankuasa Menteri Arab-Islam mengecam tindakan Israel: Mereka menganggap larangan terhadap lawatan delegasi ke Ramallah sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan keangkuhan kuasa pendudukan.
- Mesyuarat di Amman membincangkan usaha menghentikan pencerobohan: Dipengerusikan oleh Menteri Luar Arab Saudi, mesyuarat menekankan kepentingan menghentikan bencana kemanusiaan dan merealisasikan hak rakyat Palestin untuk memiliki negara merdeka.
- Seruan untuk lebih banyak negara mengiktiraf Palestin: Jawatankuasa menekankan keperluan untuk meningkatkan pengiktirafan negara Palestin serta memastikan persidangan antarabangsa di New York menghasilkan keputusan konkrit.
Mereka menekankan keperluan meneruskan usaha dan tindakan bagi menghentikan pencerobohan Israel ke atas Gaza dan menamatkan bencana kemanusiaan yang berlaku, serta melancarkan inisiatif sebenar bagi merealisasikan hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat di tanah air mereka, berdasarkan penyelesaian dua negara sebagai satu-satunya jalan ke arah keamanan yang adil dan menyeluruh.
Mereka turut menekankan keperluan memperhebat usaha untuk menggesa lebih banyak negara mengiktiraf negara Palestin, serta memastikan persidangan antarabangsa yang akan diadakan di New York, yang dianjurkan bersama oleh Arab Saudi dan Perancis, menghasilkan keputusan praktikal dalam hal itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami