awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul

Bernama
Bernama
04/02/2026
05:15 MYT
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Melalui NG MERS999, sistem panggilan kecemasan 999 dipertingkatkan dengan teknologi generasi baharu bagi mempercepat masa respons, memperkukuh koordinasi antara agensi keselamatan serta memastikan bantuan dapat disalurkan dengan lebih cekap.
KUALA LUMPUR: Projek Next Generation Malaysian Emergency Response Services 999 (NG MERS999) mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila dinobatkan sebagai pemenang global bagi kategori Social PPP Project of the Year pada Istanbul PPP Week Awards ke-10 di Istanbul, Turkiye, semalam.
Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pematuhan Kementerian Komunikasi Kamarudin Abdul Rani berkata pengiktirafan berprestij itu membuktikan kejayaan pelaksanaan projek berimpak sosial tinggi menerusi model Kerjasama Awam-Swasta (PPP), khususnya dalam memperkukuh sistem tindak balas kecemasan negara melalui integrasi teknologi komunikasi dan penyelarasan perkhidmatan agensi penyelamat.
"Pengiktirafan di peringkat global ini menggambarkan kerjasama erat antara kerajaan dan sektor swasta dalam menyediakan perkhidmatan kecemasan yang berkualiti serta bertaraf antarabangsa.
"Projek ini diselaraskan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri, dengan Kementerian Komunikasi sebagai pemilik projek dan Telekom Malaysia (TM) sebagai pemegang konsesi," katanya kepada Bernama.
Majlis penyampaian anugerah berlangsung di Le Meridien Istanbul Etiler, semalam, bersempena program yang menghimpunkan pelabur, institusi kewangan, penasihat serta penggubal dasar dari Eropah, Asia Barat, Asia dan Afrika bagi membincangkan pembangunan infrastruktur mampan melalui pendekatan PPP.
Melalui pelaksanaan NG MERS999, sistem panggilan kecemasan 999 dipertingkatkan dengan teknologi generasi baharu bagi mempercepat masa respons, memperkukuh koordinasi antara agensi keselamatan serta memastikan bantuan dapat disalurkan dengan lebih cekap kepada orang awam.
Kejayaan itu turut mencatat sejarah apabila menjadi projek PPP pertama Malaysia dicalonkan dan seterusnya memenangi anugerah berkenaan sejak program Istanbul PPP Week Awards diperkenalkan 10 tahun lepas, sekali gus mengukuhkan reputasi negara dalam pelaksanaan projek infrastruktur berimpak sosial di peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NG MERS999
#anugerah antarabangsa
#Istanbul
#Kamarudin Abdul Rani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan