awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jejak Al-Haramain: Arab Saudi sediakan unit dialisis di Madinah untuk jemaah sakit buah pinggang

Bernama
Bernama
22/05/2025
22:20 MYT
Jejak Al-Haramain: Arab Saudi sediakan unit dialisis di Madinah untuk jemaah sakit buah pinggang
Unit khas untuk rawatan dialisis di KFKC dilengkapi dengan teknologi perubatan canggih dan mempunyai 13 mesin dialisis yang mampu menyediakan lebih daripada 26 sesi rawatan setiap hari. - Facebook Islamic Information
MADINAH: Kluster Kesihatan Madinah di Arab Saudi menyediakan unit khas untuk rawatan dialisis di Pusat Buah Pinggang King Fahad (KFKC) bagi memberikan rawatan perubatan berkualiti tinggi kepada jemaah haji yang menghidap penyakit buah pinggang.
Menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA), inisiatif ini bertujuan menyokong keperluan kesihatan jemaah sambil mengambil kira pergerakan dan jadual ibadah mereka sepanjang musim haji.
Kemudahan ini dilengkapi dengan teknologi perubatan canggih dan mempunyai 13 mesin dialisis yang mampu menyediakan lebih daripada 26 sesi rawatan setiap hari.
Pasukan perubatan pakar turut ditempatkan untuk memastikan tahap keselamatan, kecekapan dan penjagaan pesakit berada pada piawaian tertinggi.
Kluster Kesihatan turut berkoordinasi dengan misi perubatan yang mengiringi kempen haji, menerima laporan perubatan lebih awal untuk menilai keadaan kesihatan jemaah yang bakal tiba.
Langkah ini membolehkan sesi dialisis dijadualkan sebaik sahaja jemaah tiba di Madinah, sekali gus mengurangkan masa menunggu dan memudahkan urusan pengangkutan.
Inisiatif ini sebahagian usaha menyeluruh Kerajaan Arab Saudi untuk menyediakan perkhidmatan perubatan bersepadu, bagi memastikan jemaah dapat menunaikan ibadah mereka dalam keadaan sihat dan selesa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Jejak Al-Haramain
#dialisis
#Madinah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami