Kejadian kren tumbang di Masjidilharam, yang menyebabkan lebih 100 orang terkorban dan beratus lagi cedera pada Jumaat petang (11 Sept), sungguh memilukan ketika hanya tinggal 11 hari lagi untuk jemaah haji berwukuf di Arafah yang dijadualkan 22 Sept ini.
Setakat ini, Tabung Haji mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia terkorban, hanya enam jemaah Malaysia dilaporkan cedera.
Beberapa jemaah haji Malaysia yang berada di Masjidil Haram ketika kejadian itu berkata mereka amat terkejut dan panik dalam kejadian yang sungguh memilukan seluruh umat Islam itu.
BACA: [TERKINI]: Tragedi kren runtuh di Masjidilharam, Mekah
Menceritakan kejadian itu, Mahzan Misni, 49, berkata ketika kejadian, beliau sedang menunaikan solat sunat di Masjidilharam.
"Tiba-tiba terdengar dentuman yang sangat kuat, saya ingatkan petir, selepas dentuman itu, suasana jadi kelam kabut, bahagian saie di tingkat satu menjadi gelap (dengan debu selepas kren tumbang), sejurus selepas itu saya lihat mayat bergelimpangan, terdapat jemaah haji yang berlumuran darah, darah mangsa yang maut terpercik mengenai pakaian mereka, " katanya.
Beliau bersyukur selamat dalam kejadian itu yang hanya beberapa meter saja dari tempat kren tumbang itu.
"Selepas pulang dari masjid, semua rakan sebilik ada di penginapan hotel, Alhamdulillah, sepanjang jalan pulang, saya berdoa agar semua rakan sebilik saya selamat," katanya yang menginap bersama enam jemaah lain di Maktab 88, bangunan Abaj Al-Jandriah yang terletak 750 meter dari Masjidilharam.
Pihak Tabung Haji (TH) turut membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik di semua maktab penginapan jemaah Malaysia di Tanah Suci.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam sidang akhbar jam 8.45 malam (waktu Arab Saudi semalam; 1.45am pagi tadi waktu Malaysia) berkata pihaknya membuat pemeriksaan bilik ke bilik bagi menyemak senarai jemaah Malaysia di Tanah Suci bermula selepas waktu isyak.
Kebanyakan jemaah haji Malaysia menunaikan solat Isyak di Masjidil Haram sebelum pulang ke penginapan masing-masing selepas berada di masjid berkenaan sejak waktu Asar atau Zuhur.
Mohd Razak Jaid, 59, jemaah haji Malaysia berasal dari Kepong berkata ketika kejadian beliau berada di tingkat dua, di kawasan saie berkenaan turut bertindak membantu jemaah haji lain yang nyata terpinga-pinga dengan kejadian itu.
"Saya sempat menarik seorang jemaah haji dari Thailand ketika berlaku runtuhan batu-bata selepas kren berkenaan menghempap kawasan sa'ie itu, keadaan menjadi kelam kabut, jemaah dari dalam kawasan saie, mahu berlari ke arah luar, manakala jemaah haji di kawasan luar, mahu masuk ke dalam," katanya.
Tragedi kren runtuh Masjidilharam: 6 jemaah Malaysia masih belum dapat dikesan
Bekas pesara polis itu berkata dia turut melihat mayat-mayat yang bergelimpangan itu: "Saya tengok jemaah yang mati, melihat tanda atau tag yang mereka pakai, dalam keadaan kelam kabut itu, saya tak nampak mayat yang memakai tag atau pengenalan sebagai jemaah Malaysia.
"Keadaan semakin tidak terkawal apabila jemaah mula berasak-asak mahu keluar dari kawasan kejadian, sungguh memilukan melihat mayat bergelimpangan," katanya.
Seorang lagi jemaah haji, Zaiton Isa, 57, berkata ketika kejadian, dia dan rakan sebiliknya Zurina Zakaria, 49, yang menetap di Abraj Al-Janadriah, sedang berada di tingkat dua di kawasan saie berkenaan.
"Tiba-tiba bunyi dentuman kuat, saya ingatkan bangunan runtuh, jemaah haji mula bersesak-sesak mahu keluar dari kawasan itu," katanya yang masih terkejut dengan kejadian yang tak mampu digambarkannya itu.
Zaiton berkata dia bersesak-sesak untuk keluar dari kawasan berkenaan, dan bersyukur apabila tiba di luar masjid, rakan sebiliknya Zurina, berada di belakangnya.
Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, setakat ini sekurang-kurangnya 107 orang meninggal dunia manakala 238 lagi cedera.
Sementara itu, Syed Saleh yang juga Pengurus Besar Kanan Tabung Haji (TH) berkata selain membuat pemeriksaan bilik ke bilik, pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan di hospital-hospital Arab Saudi, sekiranya terdapat jemaah haji yang telah dibawa ke sana selepas kejadian itu.
Kejadian kren tumbang itu dilaporkan berlaku semasa hujan dan ribut pasir di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran.
Bernama
Sat Sep 12 2015
Mahzan Misni, 49, berkata ketika kejadian, beliau sedang menunaikan solat sunat di Masjidil Haram. - Gambar Bernama
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034' berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.
RM3.1 bilion ditawarkan andai Mike Tyson mampu tumbangkan Jake Paul
Walaupun tewas di tangan Jake Paul dalam aksi yang lalu, namun ia bukanlah pengakhiran buat Mike Tyson untuk terus berada di atas gelanggang.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.