awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wartawan Iran menangis di PBB, gesa dunia bertindak lebih tegas
Menteri Pertahanan Belanda mohon maaf atas serangan udara maut 2015 di Iraq
Indonesia usul tambahan 21,000 polis hutan tingkatkan pengawasan hutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Almarhum Presiden UAE selamat disemadikan

Agensi
Agensi
14/05/2022
06:46 MYT
Jenazah Almarhum Presiden UAE selamat disemadikan
Pengawal kehormat tentera yang berpakaian seragam membawa jenazah Almarhum sebelum diserahkan kepada keluarga Allahyarham untuk disemadikan. - Foto REUTERS
JENAZAH Almarhum Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Khalifa Zayed Al-Nahyan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Al Bateen di Abu Dhabi pada Jumaat waktu tempatan.
Media antarabangsa melaporkan Putera Mahkota Abu Dhabi, Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan pemimpin kanan kerajaan menunaikan solat jenazah di Masjid Pertama Sheikh Sultan bin Zayed, Abu Dhabi.
Upacara pengebumian dilakukan dengan penuh istiadat di mana pengawal kehormat tentera yang berpakaian seragam membawa jenazah Almarhum sebelum diserahkan kepada keluarga Allahyarham untuk disemadikan.
BACA: Presiden UAE meninggal dunia: Agong berkenan kibar bendera peribadi separuh tiang lima hari
UAE Berkabung | Bekas Presiden dikebumikan pada Jumaat
Beberapa keping gambar turut memaparkan puluhan ahli keluarga dan pegawai kanan hadir memberikan penghormatan terakhir dan berdoa di makam Almarhum.
Almarhum Sheikh Khalifa Zayed meninggal dunia semalam pada usia 73 tahun.
Sheikh Khalifa mengambil alih sebagai Presiden kedua UAE pada November 2004, menggantikan bapanya sebagai pemerintah ke-16 Abu Dhabi.
Topic Berkaitan
#UAE
#Sheikh Khalifa Zayed
#Pengebumian Sheikh Khalifa Zayed
#presiden UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan