awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah pelajar Malaysia mangsa rempuhan dijadual tiba hari ini - Wisma Putra

Bernama
Bernama
04/01/2015
23:34 MYT
Jenazah pelajar Malaysia mangsa rempuhan dijadual tiba hari ini - Wisma Putra
WISMA PUTRA: Jenazah pelajar Malaysia mangsa rempuhan dijadual tiba di KLIA pada Isnin - Gambar fail
Jenazah Tan Wei, pelajar Malaysia yang terbunuh di Malaysia dalam insiden rempuhan Tahun Baharu di Dataran Chen Yi, Shanghai, China Rabu lalu dibawa pulang ke Malaysia hari ini.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata satu upacara sembahyang dan penghormatan terakhir telah diadakan semalam di Krematorium Shanghai.
"Ibu bapa mendiang Tan Wei akan mengiringi jenazah pulang ke Malaysia esok (hari ini) dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada waktu petang," kata kenyataan itu.
Pada sambutan tahun baharu di Shanghai, Tan Wei, pelajar sebuah universiti di Hangzhou, Wilayah Zhejiang, China, terbunuh akibat rempuhan manakala seorang lagi cedera dalam rempuhan yang mengorbankan 36 orang.
Dalam pada itu, seorang lagi rakyat Malaysia yang tercedera dalam rempuhan itu, Ooi Hooi Yi masih menerima rawatan di Hospityal Changzheng dan dilaporkan bertambah baik dan tiada sebarang pendarahan dalaman dilaporkan.
Sehubungan itu, Wisma Putra merakamkan ucapan takziah dan akan terus memberikan bantuan konsular yang sewajarnya kepada anggota keluarga mendiang Tan Wei.
Topic Berkaitan
#baru
#China
#KLIA
#PUTRA
#rempuhan
#Tahun
#Wisma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan