Skip to main content

Malaysia

16 mangsa daripada dua keluarga terjejas banjir di Gua Musang

Sebanyak 16 mangsa daripada dua keluarga terjejas dalam kejadian banjir yang melibatkan dua buah rumah di Kampung Kundur, Jalan Kuala Betis, berhampiran Tropicana Aquarium, Gua Musang, awal pagi tadi. - Gambar JBPM Kelantan
Sebanyak 16 mangsa daripada dua keluarga terjejas dalam kejadian banjir yang melibatkan dua buah rumah di Kampung Kundur, Jalan Kuala Betis, berhampiran Tropicana Aquarium, Gua Musang, awal pagi tadi. - Gambar JBPM Kelantan
Advertisement

GUA MUSANG: Sebanyak 16 mangsa daripada dua keluarga terjejas dalam kejadian banjir yang melibatkan dua buah rumah di Kampung Kundur, Jalan Kuala Betis, berhampiran Tropicana Aquarium, Gua Musang, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Mohd Shukri Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.55 tengah malam, sebelum jentera bersama dengan anggota digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba pada 1.10 pagi.

Beliau berkata, rumah pertama menempatkan lima mangsa terdiri daripada tiga lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang bayi lelaki berumur dua bulan, manakala rumah kedua dihuni 11 mangsa termasuk seorang lelaki warga emas, sembilan lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa.

Advertisement

“Kesemua 16 mangsa didapati selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan ketika kejadian, namun paras air di kawasan kediaman mereka dilaporkan semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anggota bomba bertindak mengharung air dengan menggunakan peralatan keselamatan Personal Flotation Device (PFD) bagi membantu membawa keluar mangsa dari kawasan terjejas.

Advertisement

Mohd Shukri berkata, pasukan turut mengambil maklumat berkaitan kejadian, sebelum beredar kembali ke balai selepas pemeriksaan mendapati kawasan berkenaan selamat.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement