awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jeneral Tentera Iran ancam serang AS dan Israel

Agensi
Agensi
27/01/2020
15:02 MYT
Jeneral Tentera Iran ancam serang AS dan Israel
"Saya hendak mereka (AS dan Israel), hentikan daripada ancaman ini. Jika mereka berdegil, mereka akan berdepan dengan situasi baru dimana mereka sendiri tidak mampu untuk kawal dan urus," kata Jeneral Hossein Salami. Gambar: REUTERS
Tentera Revolusi Iran memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel dengan mengancam keselamatan jeneral tentera kedua-dua negara itu jika terus menyasarkan jeneral mereka.
Jeneral Tentera Iran, Jeneral Hossein Salami dalam satu kenyataan dengan tegas mengancam akan melancarkan serangan yang sukar dibendung ke atas AS dan Israel.
Tegasnya, sesiapa yang ingin membunuhnya akan menyesal atas tindak balas yang bakal dilancarkan.
"Saya hendak mereka (AS dan Israel), hentikan daripada ancaman ini. Jika mereka berdegil, mereka akan berdepan dengan situasi baru di mana mereka sendiri tidak mampu untuk kawal dan urus," kata Hossein dengan nada tegas.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Delegasi AS di Iran, Brian Hook yang memberitahu tindakan negara itu membunuh Jeneral Tentera Iran, Qassem Soleimani kerana sering membunuh rakyat Amerika.
Qassem maut dalam serangan dron di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada 3 januari lalu, sekaligus mencetuskan ketegangan kedua negara.
Iran dalam pada itu bersumpah untuk membalas dendam atas kematian jeneralnya itu dan telah melancarkan peluru berpandu balistik di dua kem tentera AS di Iraq pada 8 Januari lalu.
Bagaimanapun tiada anggota tentera AS mahupun Iraq cedera dalam serangan itu.
Topic Berkaitan
#AS
#Baghdad
#Brian Hook
#Hossein Salami
#Iran
#Iraq
#Israel
#Jeneral
#peluru berpandu
#Qassem Soleimani
#serangan
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan