awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buang puntung rokok, botol minuman, wanita Indonesia didenda, diperintah khidmat masyarakat
Laporan akhir nahas penuntut UPSI: Bas dipandu laju, cecah 114.7 km/j di selekoh
Penuntut universiti didakwa mabuk, rempuh palang keselamatan pintu Istana Negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun henti semula operasi loji nuklear terbesar dunia susulan amaran keselamatan

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2026
07:15 MYT
Jepun henti semula operasi loji nuklear terbesar dunia susulan amaran keselamatan
Jepun hentikan operasi loji nuklear terbesar, Kashiwazaki-Kariwa, selepas amaran keselamatan berbunyi semasa proses menghidupkan semula reaktor No. 6. -Gambar fail/AP
TOKYO: Jepun terpaksa menghentikan semula usaha menghidupkan kembali operasi loji nuklear terbesar dunia, Kashiwazaki‑Kariwa, selepas hanya 24 jam beroperasi apabila satu amaran keselamatan tercetus pada sistem pemantauan ketika prosedur permulaan reaktor.

Ringkasan AI
  • Jepun menghentikan operasi loji nuklear terbesar, Kashiwazaki-Kariwa, selepas amaran keselamatan berbunyi semasa proses menghidupkan semula reaktor No. 6.
  • Siasatan menunjukkan masalah terhasil daripada peralatan elektrik yang mengawal rod kawalan, komponen penting dalam tindak balas nuklear.
  • Masyarakat tempatan berpecah pendapat mengenai usaha menghidupkan semula loji, dengan 60% menentang dan 37% menyokong, sementara TEPCO terus berusaha mengenal pasti punca gangguan sebelum membuat keputusan lanjut.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut operatornya, Tokyo Electric Power Company (TEPCO), amaran itu muncul ketika proses menghidupkan reaktor No. 6, sekali gus memaksa tindakan segera untuk menggantung operasi.
TEPCO memaklumkan reaktor berada dalam keadaan stabil dan tiada kesan radiasi dikesan di luar kawasan loji.
Siasatan awal menunjukkan masalah berpunca daripada peralatan elektrik yang mengawal rod kawalan, iaitu komponen kritikal yang memperlahankan atau menghentikan tindak balas nuklear apabila dimasukkan lebih dalam.
TEPCO turut mengesahkan bahawa isu teknikal lain berkaitan rod kawalan telah dikesan lebih awal minggu ini, namun didakwa sudah diselesaikan sebelum cubaan menghidupkan reaktor dibuat.
Loji Kashiwazaki‑Kariwa di wilayah Niigata merupakan loji nuklear terbesar dunia dari segi kapasiti, namun hanya satu daripada tujuh reaktor dijadualkan untuk diaktifkan semula sejak ia ditutup berikutan bencana nuklear Fukushima pada 2011.
Jepun kini berusaha meningkatkan semula penggunaan tenaga nuklear bagi mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil, memenuhi permintaan tenaga yang meningkat dan mencapai sasaran karbon neutral 2050.
Namun, reaksi masyarakat setempat kekal bercampur‑baur. Sekitar 60 peratus penduduk Niigata menentang usaha menghidupkan semula loji tersebut, manakala 37 peratus menyokongnya, menurut tinjauan terdahulu.
Protes turut diadakan di luar bangunan pentadbiran wilayah sejurus keputusan memberi lampu hijau kepada TEPCO diumumkan pada Disember lalu.
TEPCO menjangkakan operasi akan tertangguh tanpa tempoh pemulihan yang jelas, sambil menegaskan fokus kini diberikan sepenuhnya kepada usaha mengenal pasti punca sebenar gangguan sebelum sebarang keputusan dibuat untuk menyambung semula permulaan reaktor.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan Jepun menghentikan semula usaha menghidupkan semula operasi loji nuklear Kashiwazaki-Kariwa? A: Amaran keselamatan tercetus pada sistem pemantauan ketika prosedur permulaan reaktor No. 6.
  • Q: Apa yang dikesan sebagai punca masalah yang berlaku semasa proses menghidupkan semula reaktor? A: Masalah berpunca daripada peralatan elektrik yang mengawal rod kawalan, iaitu komponen kritikal yang memperlahankan atau menghentikan tindak balas nuklear.
  • Q: Bagaimanakah reaksi masyarakat terhadap usaha menghidupkan semula loji nuklear Kashiwazaki-Kariwa? A: Sekitar 60 peratus penduduk Niigata menentang usaha tersebut, manakala 37 peratus menyokongnya, menurut tinjauan terdahulu.
  • Q: Apakah langkah yang diambil oleh Tokyo Electric Power Company (TEPCO) bagi menangani isu teknikal yang berlaku? A: TEPCO memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha mengenal pasti punca sebenar gangguan sebelum membuat sebarang keputusan untuk menyambung semula permulaan reaktor.
  • Q: Berapakah bilangan reaktor yang dijadualkan untuk diaktifkan semula di loji Kashiwazaki-Kariwa sejak bencana nuklear Fukushima pada 2011? A: Hanya satu daripada tujuh reaktor dijadualkan untuk diaktifkan semula.

Topic Berkaitan
#Jepun
#Kashiwazaki Kariwa
#loji nuklear
#tepco
#amaran keselamatan
#reaktor No 6
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan