Skip to main content

Politik

Muhyiddin jawab Ronald, tindakan pecat bukan kuasa Presiden

Muhyiddin Ronald - AWANI
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee selepas beliau mempersoalkan mengapa dirinya tidak dipecat susulan penglibatannya dalam program 'Reset' serta pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bangkok, Thailand. - Foto Ikqwan Lee, Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Keputusan berkaitan tindakan disiplin terhadap mana-mana ahli adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Disiplin parti, tegas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menjawab Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ronald Kiandee selepas beliau mempersoalkan mengapa dirinya tidak dipecat susulan penglibatannya dalam program 'Reset' serta pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bangkok, Thailand.

Advertisement

Menurut Muhyiddin, tindakan tersebut bukan berada di bawah bidang kuasanya sebagai presiden.

“Saya tahulah dia punya hasrat kalau boleh kita pecat. Tapi itu bukan tugas saya. Ini Lembaga Disiplin. Lembaga Ddisiplin menimbang weightage of the case itu.

"Macam Datuk Seri Hamzah pergi Bangkok itu, dah sahlah seperti yang saya sebutkan, dia pergi berunding tanpa ada kelulusan Majlis Tertinggi. Dia melanggar perlembagaan," kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan Majlis Iftar Bersatu Malaysia di ibu negara hari ini.

Terdahulu, Ronald mencabar Lembaga Disiplin parti itu untuk memecatnya jika beliau benar-benar bersalah.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau mendedahkan dirinya hanya digantung keahlian parti selama dua penggal atau enam tahun, berkuat kuasa Selasa, kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.

Ahli Parlimen Beluran itu mendakwa keputusan tersebut menguatkan lagi persepsi bahawa Lembaga Disiplin parti kini digunakan sebagai alat politik untuk melindungi presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta kelompok kecil di sekelilingnya.

Must Watch Video