Jepun kembali ketatkan peraturan sempadan akibat ancaman Omicron

Bernama
November 30, 2021 06:50 MYT
Kini semua pihak yang tiba di negara itu termasuk mereka yang sudah lengkap vaksinasi dan mempunyai sijil perakuan sewajarnya, perlu menjalani tempoh kuarantin mandatori selama 14 hari. - Foto REUTERS
TOKYO: Jepun membatalkan keputusan mengurangkan tempoh kuarantin kepada warga tempatan yang lengkap vaksin COVID-19 serta rakyat asing yang mempunyai visa pemastautin dan penduduk tetap, disebabkan kemunculan varian Omicron, bermula 1 Disember.
Kementerian Luar Jepun dalam satu kenyataan memaklumkan, kini semua pihak yang tiba di negara itu termasuk mereka yang sudah lengkap vaksinasi dan mempunyai sijil perakuan sewajarnya, perlu menjalani tempoh kuarantin mandatori selama 14 hari, lapor Sputnik.
Sebagai tambahan, keperluan sekatan perjalanan mandatori selama tiga hari di hotel khas turut dikuatkuasakan semula.
-- BERNAMA
#Jepun #kuarantin #varian omicron #COVID-19