awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia dilantik Presiden UNHRC 2026
Rusia lancar peluru berpandu hipersonik 'Oreshnik' ke atas Ukraine
Amaran ribut petir di empat negeri, Wilayah Persekutuan hingga 7 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun kesan lebih 90 kes varian baharu COVID-19

AFP RELAXNEWS
AFP RELAXNEWS
19/02/2021
04:07 MYT
Jepun kesan lebih 90 kes varian baharu COVID-19
Orang ramai di Tokyo terus patuh memakai pelitup muka lebih-lebih lagi dengan khabar penularan terbaru COVID-19 di negara itu. - Reuters
TOKYO: Pihak berkuasa kesihatan Jepun menemui lebih daripada 90 kes varian baharu virus COVID-19, menurut ketua jurucakap kerajaan pada Jumaat.
Reuters melaporkan, varian mutasi berkenaan yang dikenali dengan E484K, dikenal pasti dalam 91 kes di kawasan Kanto di timur Negara Matahari Terbit itu dan dua lagi kes di lapangan terbang, kata Ketua Setiausaha Kabinet Katsunobo Kato.
Berdasarkan laporan awal di akhbar Mainachi yang memetik data Institut Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit, varian itu dipercayai berasal dari luar negara namun berbeza daripada yang sebelum ini dilaporkan dari Britain dan Afrika Selatan.
Setakat ini, Jepun mencatatkan 151 kes varian COVID-19 dri Britain, Afrika Selatan dan Brazil. Negara itu sehingga kini merekodkan lebih 400,000 kes jangkitan COVID-19 dengan lebih 7,000 kematian.
Topic Berkaitan
#Jepun
#virus
#COVID-19
#jangkitan
#kes baharu
#virus mutasi
#varian baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan