Jepun mengumumkan akan terus menyokong dan membantu pembangunan ekonomi Iraq.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Iraq Haider Al Abadi pada Khamis.

Pertemuan itu juga bertujuan membantu Iraq membina semula negara itu dengan mewujudkan satu sistem untuk menghapuskan senjata yang dimiliki oleh orang awam.

Matlamat lainnya adalah untuk mencipta pekerjaan, menyediakan latihan vokasional dan memberi motivasi kepada orang ramai untuk kembali kepada kehidupan biasa mereka.

Selain itu perbincangan juga menjurus kepada meningkatkan keselamatan awam di negara Asia Barat.

Sementara sebelum berangkat ke Tokyo, Haider berkata beliau sedang dalam usaha mencari sokongan antrabangsa memulihkan keamanan dan kemakmuran di Iraq selepas berjaya menumpaskan sepenuhnya militan Daish.

Abe dijangka mengumumkan pinjaman 35 bilion Yen atau AS$330 juta bagi projek pengairan di Iraq semasa perbincangan dengan Haider pada Khamis.