Jepun pada Rabu menguatkuasakan keputusan menyingkir Korea Selatan daripada senarai rakan dagang pilihannya, sekali gus memburukkan lagi pertikaian antara kedua-dua negara berhubung isu perdagangan dan sejarah semasa perang.
Jepun meneruskan langkah penyingkiran itu dengan kelulusan Kabinetnya pada 2 Ogos meskipun Seoul berulang kali mendesak agar kekangan eksport sedemikian dihentikan, yang merupakan satu tindak balas politik terhadap keputusan Mahkamah Agung Korea Selatan tahun lepas ke atas beberapa syarikat Jepun berhubung isu buruh paksa semasa era penjajahan.
Seoul dijangka membuat laporan rasmi berkaitan penyingkiran itu yang didakwa melemahkan prinsip perdagangan bebas, mengganggu rangkaian bekalan antarabangsa dan secara negatif menjejaskan ekonomi global.
Korea Selatan adalah antara 27 negara dalam senarai putih Jepun yang tidak memerlukannya melalui pemeriksaan ketat ke atas lebih 1,100 barangan strategik import yang berpotensi dialih sebagai penggunaan ketenteraan.
Langkah penyingkiran daripada senarai itu adalah tambahan kepada penguatkuasaaan sekatan Jepun pada Julai ke atas eksport tiga bahan berteknologi tinggi Korea Selatan yang penting dalam penghasilan semikonduktor.
Tokyo telah menggambarkan sekatan perdagangan itu sebagai sebahagian daripada pengurusan rejim eksportnya yang sah dan menolak dakwaan Seoul bahawa ia adalah satu tindak balas bagi keputusan Mahkamah Agung yang mengarahkan beberapa syarikat Jepun membayar pampasan kepada mangsa buruh paksa semasa era penjajahan Jepun 1910-1945.
Mahkamah itu telah mengiktiraf hak individu mangsa untuk menuntut ganti rugi namun Tokyo berhujah bahawa semua isu yang berbangkit daripada zaman penjajahan di Semenanjung Korea telah diselesaikan di bawah perjanjian negara dengan negara pada 1965 yang bertujuan menormalkan hubungan dua hala.
Pada Selasa, Perdana Menteri Lee Nak Yon berkata Seoul boleh mempertimbang keputusannya untuk memansuhkan pakatan perkongsian risikan ketenteraan dua hala jika Jepun menarik balik langkah tindak balas ekonomi itu.
Minggu lepas, Seoul mengumumkan keputusannya untuk menamatkan pakatan itu, dikenali sebagai General Security of Military Information Agreement (GSOMIA), yang dilihat sebagai satu simbol kerjasama keselamatan antara kedua-dua negara yang jarang berlaku.
Perselisihan berterusan antara Seoul dan Tokyo telah meletakkan Washington, sekutu kedua-dua negara, dalam keadaan yang sukar kerana Amerika Syarikat berusaha memperkukuh rangkaian sekutu serantaunya untuk menangani ancaman China serta Korea Utara dengan lebih baik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 28 2019
Seorang wanita Korea Selatan mengambil gambar kain rentang yang memaparkan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe mengutuk sekatan perdagangan Jepun ke atas Korea Selatan di sebatang jalan di Seoul, Korea Selatan, 12 Ogos, 2019. (Foto AP/Fail)
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Jepun kuat kuasa langkah singkir Korea Selatan daripada senarai rakan dagang pilihan
Jepun meneruskan langkah penyingkiran itu dengan kelulusan Kabinetnya pada 2 Ogos meskipun Seoul berulang kali mendesak agar kekangan eksport sedemikian dihentikan.