awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari pengundian di AS: Pertarungan politik sengit di New York, Virginia dan California

Astro Awani
Astro Awani
04/11/2025
23:10 MYT
Hari pengundian di AS: Pertarungan politik sengit di New York, Virginia dan California
Seorang pengundi sedang mengisi kertas undi di pusat pengundian sempena Hari Pengundian bagi Pilihan Raya Datuk Bandar New York City, yang berlangsung di kawasan Brooklyn, Amerika Syarikat. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Jutaan rakyat Amerika Syarikat (AS) hari ini keluar mengundi dalam pilihan raya negeri dan tempatan yang menjadi ujian penting terhadap landskap politik negara menjelang pilihan raya pertengahan penggal tahun hadapan.

Ringkasan AI
  • Jutaan rakyat AS mengundi dalam pilihan raya negeri dan tempatan yang dilihat sebagai penentu awal sokongan terhadap pentadbiran Presiden Donald Trump menjelang pilihan raya pertengahan penggal 2026.
  • Zohran Mamdani, calon Demokrat Sosialis berusia 34 tahun, mencabar bekas Gabenor Andrew Cuomo untuk jawatan Datuk Bandar. Trump secara terbuka menyokong Cuomo dan menolak Mamdani.
  • Virginia dan New Jersey memilih gabenor baharu, manakala California mengundi cadangan melakar semula sempadan kongres yang berpotensi menguntungkan Parti Demokrat.

Di New York City, tumpuan tertumpu kepada Zohran Mamdani, 34, yang berusaha mencipta kejutan politik untuk menjadi Datuk Bandar termuda dalam tempoh satu abad.
Mamdani, seorang Demokrat Sosialis, berdepan saingan sengit daripada bekas Gabenor Andrew Cuomo, yang bertanding sebagai calon bebas.
Menariknya, Presiden Donald Trump secara terbuka menyokong Cuomo, bekas seterunya, dan menggesa pengundi agar tidak memilih Mamdani yang berhaluan kiri.
Sementara itu, pengundi di Virginia dan New Jersey akan memilih gabenor baharu masing-masing.
Di Virginia, pertandingan antara bekas wakil Demokrat Abigail Spanberger dan Timbalan Gabenor Republikan Winsome Earle-Sears dijangka menjadi penentu hala tuju negeri itu.
Di New Jersey, calon Demokrat Mikie Sherrill berdepan cabaran daripada Jack Ciattarelli yang disokong Trump.
Di California pula, rakyat negeri itu akan mengundi cadangan untuk melakar semula sempadan kawasan kongres, satu langkah yang dijangka memberi kelebihan kepada Parti Demokrat dalam pilihan raya akan datang.
Pusat pengundian pertama dijadualkan ditutup pada jam 7 malam waktu Timur (8 pagi waktu Malaysia) di Virginia, manakala pusat pengundian di New York akan ditutup dua jam kemudian.
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#zohran mamdani
#Datuk Bandar
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan