awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun mengaktifkan reaktor nuklear keduanya empat tahun selepas tragedi Fukushima

Shuhami Zabri
Shuhami Zabri
15/10/2015
13:49 MYT
Jepun mengaktifkan reaktor nuklear keduanya empat tahun selepas tragedi Fukushima
Syarikat Utiliti Tenaga Elektrik Kyushu mengaktifkan reaktor kedua di loji kuasa nuklear di Sendai yang terletak kira-kira 1,000 kilometer di Barat Daya Tokyo.
Empat tahun selepas tragedi nuklear terburuk di Loji Jana Kuasa Negara Fukushima Daiichi (NPP), Jepun hari ini mula mengaktifkan reaktor keduanya.
Jepun kembali meningkatkan penggunaan tenaga nuklearnya di tengah-tengah kebimbangan masyarakat terhadap berulangnya tragedi Fukushima 2011.
Syarikat Utiliti Tenaga Elektrik Kyushu mengaktifkan reaktor kedua di loji kuasa nuklear di Sendai yang terletak kira-kira 1,000 kilometer di Barat Daya Tokyo.
Pengaktifan itu menandakan, ia merupakan reaktor nuklear kedua yang dihidupkan semula sejak tragedi Fukushima 11 Mac 2011, susulan gempa bumi berukuran sembilan pada skala Richter yang menggegarkan negara itu serta mencetuskan tsunami.
Bencana berganda itu menyebabkan lebih 18,000 orang terbunuh atau hilang.
Ia turut mengakibatkan kerosakan teruk pada enam reaktor nuklear Fukushima yang disifatkan paling stabil sehingga terpaksa ditutup.
Ia sekaligus mencetuskan perbalahan mengenai masa depan tenaga nuklear di negara berkenaan.
Pentabdiran Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada 2014 mengkaji semula keputusan pentabdiran kerajaan sebelum itu untuk menghentikan penggunaan tenaga nuklear bagi menyediakan bekalan tenaga yang murah serta berpatutan.
Sebelum tragedi Fukushima, satu pertiga daripada bekalan tenaga di negara ketiga terbesar ekonomi di dunia itu diperolehi daripada tenaga nuklear.
Susulan tragedi itu, Jepun bergantung sepenuhnya kepada bekalan tenaga yang dijana menggunakan gas cecair dan minyak yang bukan sahaja diimport tetapi mahal.
Jepun bercadang untuk meningkatkan penggunaan tenaga nuklear kepada antara 20 dan 22 peratus menjelang tahun 2030.
Ia mengaktifkan semula reaktor nuklear pertamanya di Sendai, dua bulan lalu selepas dua tahun ditutup.
Reaktor berusia 31 tahun itu beropersi berdasarkan panduan keselamatan Fukushima.
Topic Berkaitan
#Fukushima
#Jepun
#loji jana kuasa
#NPP
#nuklear
#reaktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan