awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian perdagangan dengan Korea Selatan "hampir dimuktamadkan" - Trump

Bernama
Bernama
25/10/2025
16:32 MYT
Perjanjian perdagangan dengan Korea Selatan "hampir dimuktamadkan" - Trump
Trump bersedia jika Korea Selatan juga bersedia untuk memuktamadkan butiran perjanjian rangka kerja yang dicapai pada Julai lalu. - Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata perjanjian perdagangan dengan Korea Selatan "hampir dimuktamadkan," sambil menyatakan beliau "bersedia" jika negara Asia itu juga bersedia untuk memuktamadkan butiran perjanjian rangka kerja yang dicapai pada Julai lalu, lapor Agensi Berita Yonhap.
Trump berkata demikian kepada pemberita dalam pesawat Air Force One pada Jumaat ketika dalam perjalanan ke Malaysia sebagai sebahagian daripada lawatan beliau ke Asia yang turut merangkumi Korea Selatan dan Jepun. Seoul dan Washington masih berusaha merapatkan perbezaan berhubung pelaksanaan komitmen pelaburan Korea bernilai AS$350 bilion di bawah perjanjian Julai itu.
"Ia hampir dimuktamadkan," katanya menurut laporan kumpulan media Rumah Putih. "Jika mereka sudah bersedia, saya juga bersedia."
Dalam taklimat dalam talian berasingan pada Jumaat, seorang pegawai kanan AS berkata Amerika Syarikat berhasrat "memuktamadkan" perjanjian perdagangan dengan Korea Selatan sebaik sahaja Seoul bersedia membuat komitmen yang dianggap "sesuai."
Kedua-dua negara mencapai perjanjian perdagangan itu pada akhir Julai, apabila Seoul bersetuju untuk melabur AS$350 bilion di AS, antara komitmen lain, sebagai balasan kepada persetujuan Washington untuk menurunkan tarif "timbal balas" dan duti khusus sektor ke atas kenderaan Korea Selatan daripada 25 peratus kepada 15 peratus.
Namun, perjanjian itu masih belum berkuat kuasa berikutan rundingan bagi menyelesaikan beberapa isu berbangkit, termasuk mekanisme pembiayaan pakej pelaburan tersebut.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pegawai kanan Korea Selatan termasuk Ketua Turus Presiden bagi Dasar Kim Yong-beom, Menteri Kewangan Koo Yun-cheol dan Menteri Perindustrian Kim Jung-kwan telah berulang kali berkunjung ke Washington, menandakan usaha gigih Seoul untuk memuktamadkan perjanjian berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Korea Selatan
#perjanjian perdagangan
#pelaburan
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan