awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Perang ubah hala tuju dunia, pemimpin global bertemu di Tianjin cari penyelesaian ‘business must go on’
SUKAN
Olympic House dijangka siap 2028
DUNIA
Iran komitmed kekalkan hubungan mesra dengan Qatar walaupun lancar serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Jepun mula pemeriksaan TB untuk pra-ketibaan warga asing tinggal lebih 3 bulan

Bernama
Bernama
23/06/2025
20:15 MYT
Jepun mula pemeriksaan TB untuk pra-ketibaan warga asing tinggal lebih 3 bulan
Keperluan pemeriksaan ini pada peringkat awal akan dikenakan kepada rakyat yang biasanya menetap di Filipina dan Nepal. - Gambar AP
TOKYO: Jepun memperkenalkan pemeriksaan wajib tuberkulosis (TB) sebelum ketibaan pada Isnin bagi individu yang merancang untuk tinggal lebih tiga bulan, bermula dengan mereka yang tiba dari Filipina dan Nepal, menurut seorang pegawai kerajaan.
Agensi Berita Kyodo melaporkan, Vietnam dijangka dimasukkan ke dalam senarai pada September, diikuti oleh Indonesia, Myanmar dan China.
Bilangan warga asing yang didiagnosis TB semasa berada di Jepun semakin meningkat dan kebanyakannya terdiri daripada individu dari enam negara berkenaan, menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun.
Keperluan pemeriksaan ini pada peringkat awal akan dikenakan kepada rakyat yang biasanya menetap di Filipina dan Nepal dan merancang untuk tinggal di Jepun untuk jangka masa sederhana hingga panjang.
Mereka diwajibkan mengemukakan bukti yang mereka tidak dijangkiti TB sebelum ketibaan, bagi membolehkan mereka tidak dinafikan kemasukan.
Walaupun TB boleh dirawat dan dicegah, penyakit itu dianggarkan meragut 1.25 juta nyawa pada 2023 dan berkemungkinan kembali menjadi penyakit berjangkit paling membawa maut di dunia sebelum disaingi oleh COVID-19, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Di Jepun, bilangan pesakit TB jatuh di bawah 10 bagi setiap 100,000 orang, buat julung kali pada 2021, mencatatkan 9.2 kes dan menempatkan negara itu dalam kategori insiden rendah WHO. Kadar itu menurun lagi kepada 8.1 pada 2023, menurut data terkini kementerian kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemeriksaan
#Jepun
#ketibaan
#tuberkulosis
#diagnosis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami