ISTANBUL: Beberapa mayat dipercayai anggota Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun (GSDF) yang dilaporkan hilang di Jepun minggu lepas telah ditemukan, lapor media tempatan pada Jumaat.
"Unit yang menjejaki pesawat Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun telah menemukan apa yang dipercayai sebagai beberapa mayat," lapor Agensi Anadolu memetik Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo.
Helikopter itu membawa 10 anggota GSDF termasuk komander Divisyen ke-8 GSDF Leftenan Jeneral Yuichi Sakamoto sebelum dilaporkan hilang daripada radar pada 6 April kira-kira 3.46 petang waktu tempatan, kira-kira 10 minit selepas berlepas dari pangkalan tentera di Pulau Miyako di wilayah Okinawa.
Menurut laporan, helikopter milik Divisyen Ke-8 Pasukan Pertahanan Diri Darat berpangkalan di wilayah Kumamoto barat daya Jepun itu telah menjalani pemeriksaan bulan lepas.
Anak kapal dari SDF dan Pengawal Pantai Jepun, termasuk bot penyelamat, kapal selam, pesawat dan kapal peronda menjalankan operasi pencarian di kawasan itu sejak malam Khamis.
"Kamera bawah air menunjukkan kerosakan teruk pada serpihan helikopter yang ditemukan di timur laut Pulau Irabu," menurut laporan itu.
Pasukan pencari juga telah menemui beberapa serpihan bangkai helikopter di pantai Pulau Irabu.
"Punca nahas masih belum diketahui. Kedua-dua pusat kawalan trafik udara di kawasan itu tidak menerima isyarat kecemasan daripada pemancar kecemasan helikopter yang direka berfungsi secara automatik apabila terkena hentaman," menurut pegawai Jepun.
Krew helikopter yang hilang telah berkomunikasi dengan kawalan trafik udara selama kira-kira dua minit sebelum terputus dari radar, dan hilang di sekitar Pulau Miyako, manakala pihak berkuasa menyifatkan cuaca sebagai "cerah dengan jarak penglihatan yang baik melebihi 10 kilometer (6.2 batu) untuk penerbangan.
Pulau Miyako terletak kira-kira 400 kilometer (248 batu) timur Taiwan dan berhampiran dengan Kepulauan Senkaku.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023
Pasukan pencari juga telah menemui beberapa serpihan bangkai helikopter di pantai Pulau Irabu. - Gambar REUTERS
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Jepun: Nahas helikopter, 'beberapa mayat ditemukan' dipercayai anggota GSDF
Beberapa mayat dipercayai anggota Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun (GSDF) yang dilaporkan hilang di Jepun minggu lepas telah ditemukan, lapor media tempatan pada Jumaat.