awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun rancang lepas 1 juta tan air terawat loji nuklear Fukushima ke laut

Agensi
Agensi
13/04/2021
03:15 MYT
Jepun rancang lepas 1 juta tan air terawat loji nuklear Fukushima ke laut
Gambar menunjukkan tangki simpanan air terawat di loji nuklear Fukushima Daiichi di Okuma, Fukushima. -Reuters
TOKYO: Kerajaan Jepun pada Selasa meluluskan rancangan melepaskan lebih 1 juta tan air terawat daripada loji nuklear Fukushima ke laut.
Perdana Menteri Yoshihide Suga menegaskan pelepasan air terawat itu selamat kerana telah diproses untuk menyingkirkan hampir semua unsur radioaktif.
“Kerajaan Jepun mematuhi dasar penting untuk melepaskan air terawat itu ke laut selepas memastikan tahap keselamatan air berkenaan,” katanya kepada media.
Pada masa sama, beliau turut menyatakan bahawa kerajaan Jepun perlu mengambil langkah proaktif bagi mencegah sebarang kemungkinan berlaku kemusnahan atau kerosakan.
Rancangan kerajaan Jepun itu telah mendapat sokongan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
Kerja-kerja melepaskan air tersebut dijangka bermula dua tahun lagi dan bakal mengambil masa yang lama.
Bagaimanapun, keputusan terbaharu itu mencetuskan bantahan daripada komuniti nelayan Jepun selain mewujudkan kebimbangan kepada China dan Korea Selatan.
Menurut laporan media antarabangsa, Korea Selatan melahirkan kekecewaan dengan keputusan Jepun kerana dibimbangi memberi kesan langsung atau tidak langsung kepada manusia dan alam sekitar pada masa depan.
Topic Berkaitan
#Yoshihide Suga
#loji nuklear
#Fukushima
#1 juta tan air terawat
#unsur radioaktif
#Agensi Tenaga Atom Antarabangsa
#IAEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan