awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun tingkat keselamatan siber selepas kecurian AS$306 juta dari DMM Bitcoin

Bernama
Bernama
24/12/2024
13:17 MYT
Jepun tingkat keselamatan siber selepas kecurian AS$306 juta dari DMM Bitcoin
Polis Jepun mengaitkan kumpulan penggodam Lazarus dengan kejadian kecurian mata wang digital dari DMM Bitcoin yang berpangkalan di Tokyo pada Mei. - Gambar hiasan
TOKYO: Jepun akan meningkatkan langkah keselamatan siber selepas penggodam mencuri 48 bilion yen (AS$306 juta) daripada bursa mata wang kripto Jepun DMM Bitcoin, kata Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayashi pada Selasa.
"Kami akan terus bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan untuk meningkatkan keupayaan keselamatan siber Jepun," kata Hayashi pada sidang akhbar, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Polis Jepun mengaitkan kumpulan penggodam Lazarus dengan kejadian kecurian mata wang digital dari DMM Bitcoin yang berpangkalan di Tokyo pada Mei. Bursa itu memindahkan akaun pelanggan ke syarikat lain dan mengumumkan bahawa ia akan menutup operasi pada Mac 2025.
Siasatan polis mendapati bahawa penggodam menghantar tawaran kerja palsu kepada pekerja sebuah syarikat yang menguruskan mata wang kripto bagi pihak DMM Bitcoin pada Mac 2024. Pekerja itu membuka mesej itu, yang menyebabkan komputer mereka dijangkiti perisian berniat jahat, memberikan penggodam akses kepada sistem pengurusan.
Kumpulan penggodam itu, yang polis percaya mempunyai kaitan dengan Korea Utara, kemudian memalsukan jumlah transaksi dan butiran akaun untuk mengawal aset berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dmm bitcoin
#Jepun
#penggodam
#keselamatan data
#kawalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan