awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun usaha gubal peraturan antarabangsa bagi sisa angkasa

Bernama
Bernama
03/08/2025
07:00 MYT
Jepun usaha gubal peraturan antarabangsa bagi sisa angkasa
Sisa di angkasa lepas boleh mengancam satelit dan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sekiranya terus berada di orbit. - Gambar/ Reuters
TOKYO: Jepun merancang untuk merangka peraturan antarabangsa bagi penyingkiran objek buatan manusia di angkasa lepas yang boleh mengancam satelit dan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sekiranya terus berada di orbit, lapor Agensi Berita Kyodo memetik kenyataan pegawai kerajaan.

Ringkasan AI
  • Jepun merancang merangka peraturan antarabangsa bagi penyingkiran objek buatan manusia di angkasa lepas yang boleh mengancam satelit dan ISS, dengan Pejabat Kabinet akan mengenal pasti isu undang-undang dan prosedur berkaitan menjelang akhir Mac.
  • Kerajaan Jepun akan menggunakan dapatan panel pakar untuk memimpin perbincangan global menjelang mesyuarat Jawatankuasa Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Penggunaan Aman Angkasa Lepas pada 2026, memandangkan sisa angkasa bergerak pada kelajuan tinggi dan boleh menyebabkan kerosakan serius.
  • Penyelidikan teknologi pengumpulan sisa sedang dijalankan, termasuk satelit pemeriksaan milik Astroscale Japan Inc. yang berjaya merakam imej sisa angkasa dan merancang penyingkiran serpihan pada tahun fiskal 2027, sementara JAXA turut mengubah trajektori satelit bagi mengelak ancaman sisa angkasa.

Menjelang akhir Mac, Pejabat Kabinet Jepun dengan kerjasama pakar akan mengenal pasti isu undang-undang dan prosedur berkaitan dalam usaha membersihkan sisa angkasa, termasuk serpihan roket dan satelit.
Antara cabaran utama ialah memperjelas prosedur untuk mendapatkan maklumat berkaitan sesuatu serpihan daripada pemiliknya, sama ada syarikat, negara atau entiti lain.
Kerajaan Jepun merancang untuk menggunakan dapatan panel pakar bagi memimpin perbincangan global mengenai peraturan penyingkiran sisa angkasa, sejajar dengan mesyuarat Jawatankuasa Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Penggunaan Aman Angkasa Lepas yang dijadualkan pada 2026, menurut pegawai terbabit.
Sisa angkasa yang berada di orbit bergerak pada kelajuan 7 hingga 8 kilometer sesaat, menyebabkan serpihan kecil dan ringan sekalipun mampu menyebabkan kerosakan serius jika berlaku perlanggaran.
Menurut Agensi Angkasa Eropah, hampir 3,000 satelit tidak lagi berfungsi dan sekitar 2,000 bahagian roket kini berada di orbit.
Penyelidikan dan pembangunan bagi teknologi mengumpul sisa angkasa sedang dijalankan ketika lebih banyak negara dan syarikat swasta melancarkan satelit ke angkasa.
Sebuah satelit pemeriksaan milik Astroscale Japan Inc. berjaya mendekati dan merakam imej sisa angkasa pada tahun lalu.
Dalam fasa eksperimen seterusnya, syarikat itu merancang untuk memperoleh dan menyingkirkan serpihan dari orbit pada tahun fiskal 2027.
Menurut sebuah organisasi pemantauan di Amerika Syarikat, lebih 30,000 objek berdiameter melebihi 10 sentimeter kini berada di orbit.
Jumlah dijangka meningkat kepada lebih 100 juta jika termasuk objek berdiameter melebihi 1 milimeter.
Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) turut mengubah trajektori satelitnya buat sementara waktu sekiranya sisa angkasa diramal menjadi ancaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#Angkasa
#ISS
#kebersihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan