awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anthropic tegaskan Claude kekal bebas iklan
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
Hari Wilayah 2026: Presiden Mahkamah Rayuan dahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Dalang kebakaran hutan di Indonesia akan didakwa

Hamzah Hamid
Hamzah Hamid
21/09/2015
07:54 MYT
Jerebu: Dalang kebakaran hutan di Indonesia akan didakwa
Kira-kira 300 syarikat kini dalam siasatan kerana mengamalkan aktiviti tebang dan bakar di Sumatera dan Kalimantan, lapor media Indonesia. -Gambar fail
Sebuah syarikat perladangan yang dipercayai memulakan pembakaran di tanah konsesinya di Sumatera Selatan, bakal berdepan pendakwaan dan perbicaraan awal minggu ini, kata pihak polis republik itu.
Memetik laporan Jakarta Globe, syarikat bernama Bumi Mekar Hijau itu ialah satu daripada 10 syarikat yang disenaraikan sebagai suspek kes kebakaran kawasan ladang dan hutan sehingga menyebabkan jerebu teruk.
Bukan sahaja mencetuskan situasi berbahaya di seluruh Sumatera Selatan dan sekitarnya, ancaman kesihatan akibat jerebu juga telah merebak ke negara-negara jiran seperti Malaysia dan Singapura.
Bumi Mekar Hijau merupakan pembekal kepada syarikat Asia Pulp and Paper yang beribu pejabat di Singapura.
Kementerian Lingkungan Hidup dan Perhutanan Indonesia mendedahkan bahawa kira-kira 300 syarikat kini dalam siasatan kerana mengamalkan aktiviti tebang dan bakar di Sumatera dan Kalimantan.
Di Sumatera sahaja, lebih kurang 58,000 hektar tanah perladangan telah terbakar dan pemerintah Indonesia telah berikrar untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab, termasuk menarik semula permit mereka.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#jerebu
#kebakaran hutan
#Sumatera
#tindakan tegas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan