awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Indonesia akan dedah nama-nama syarikat, dalang kebakaran hutan - Singapura

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2015
03:43 MYT
Jerebu: Indonesia akan dedah nama-nama syarikat, dalang kebakaran hutan - Singapura
Singapura meluluskan rang undang-undang baru tahun lalu, khusus untuk menangani isu pencemaran udara rentas sempadan.
Indonesia telah bersetuju untuk menyenaraikan syarikat-syarikat yang dipercayai dalang disebalik kebakaran-kebakaran hutan di Republik itu, yang menjadi penyebab kepada penurunan kualiti udara di Singapura sehingga mencapai tahap tidak sihat.
VIDEO: Kebakaran di Indonesia punca jerebu di Malaysia dan Singapura
Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Dr Siti Nurbaya Bakar memaklumkan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, bahawa senarai itu akan dikongsikan dengan rakan sejawatnya itu sebaik maklumat berkait disahkan, menurut kenyataan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura.
Siti Nurbaya sebelum ini menjelaskan bahawa pihak berkuasa Indonesia telahpun menggunakan pelbagai sumber termasuk pesawat dan helikopter serta tentera dan polis, untuk mengawal kebakaran di negara itu dan menguatkuasakan undang-undang.
Singapura meluluskan rang undang-undang baru tahun lalu, khusus untuk menangani isu pencemaran udara rentas sempadan, dengan pihak yang terlibat mungkin berdepan dengan dakwaan jenayah.
Menurut laporan Reuters, jerebu menjadi isu utama di Singapura ketika ini, lebih-lebih lagi menjelang perlumbaan GP Formula Satu yang akan dianjurkan di sana hujung minggu ini.
Topic Berkaitan
#dalang
#Indonesia
#jerebu
#kebakaran hutan
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan