awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerman, Jordan dan UK gesa gencatan senjata segera di Sudan, kecam kekejaman di Darfur

Agensi
Agensi
02/11/2025
00:00 MYT
Jerman, Jordan dan UK gesa gencatan senjata segera di Sudan, kecam kekejaman di Darfur
Menteri Luar Jerman, Johann Wadephul turut menyuarakan kebimbangan yang sama, menyifatkan Sudan kini berada dalam “keadaan apokaliptik.” - Gambar UNICEF
DUBAI: Menteri-Menteri Luar Jerman, Jordan dan United Kingdom secara bersama menyeru agar gencatan senjata segera dilaksanakan di Sudan, susulan kekejaman yang semakin membimbangkan di wilayah Darfur, khususnya selepas kumpulan paramilitari, Rapid Support Forces (RSF) menawan bandar utama terakhir di El-Fasher.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 450 orang dilaporkan terbunuh di sebuah hospital di El-Fasher, dengan RSF didakwa melakukan pembunuhan bersasar berdasarkan etnik serta serangan seksual terhadap orang awam.
RSF bagaimanapun, menafikan dakwaan tersebut.
Imej satelit dan rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan tanda-tanda pembunuhan beramai-ramai sedang berlaku di bandar itu.
Ketika berucap di Sidang Kemuncak Keselamatan Manama Dialogue di Bahrain, Setiausaha Luar Britain, Yvette Cooper menyifatkan keadaan di El-Fasher sebagai “benar-benar mengerikan” dan mengecam kegagalan komuniti antarabangsa menangani krisis kemanusiaan di Sudan.
“Pembunuhan beramai-ramai, kebuluran dan penggunaan rogol sebagai senjata perang - wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa utama krisis kemanusiaan terbesar abad ke-21.
"Konflik ini telah lama diabaikan dan penderitaan rakyat Sudan terus meningkat,” kata Cooper.
Beliau turut menegaskan, bantuan kemanusiaan sahaja tidak mencukupi untuk menangani krisis sebesar ini selagi senjata belum diletakkan.
Menteri Luar Jerman, Johann Wadephul turut menyuarakan kebimbangan yang sama, menyifatkan Sudan kini berada dalam “keadaan apokaliptik.”
Sementara itu, Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata: “Sudan tidak menerima perhatian yang sewajarnya. Krisis kemanusiaan yang tidak berperikemanusiaan sedang berlaku di sana. Kita mesti hentikan semua ini.”
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Bahrain telah menarik balik akreditasi yang diberikan kepada agensi berita The Associated Press (AP) untuk membuat liputan sidang kemuncak tersebut, selepas semakan semula dilakukan terhadap kelulusan yang telah diberikan.
Tiada penjelasan lanjut diberikan berhubung sebab visa liputan itu ditarik balik.
Tindakan itu dibuat pada hari yang sama AP menerbitkan laporan mengenai aktivis hak asasi manusia, Abdulhadi al-Khawaja, yang memulakan mogok lapar tanpa had sebagai protes terhadap penahanannya yang dikritik secara meluas oleh komuniti antarabangsa.
Menurut anaknya, Maryam al-Khawaja, mogok lapar itu dihentikan lewat Jumaat selepas Abdulhadi menerima surat daripada Kesatuan Eropah dan kerajaan Denmark yang menyatakan kebimbangan terhadap kesnya. - Agensi
Topic Berkaitan
#Sudan
#krisis kemanusiaan Sudan
#gencatan senjata Sudan
#Rapid Support Forces
#Darfur bergolak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan