DUNIA
Jet penumpang terpaksa lakukan 'gerakan agresif' elak pesawat pengebom AS di udara

Tentera Udara AS mengakui kehadiran sebuah pesawat pengebom B-52 di kawasan berkenaan dan sedang menyiasat kejadian itu. - Gambar fail/ Reuters
LOS ANGELES: Sebuah jet penumpang Amerika Syarikat (AS) terpaksa melakukan "gerakan agresif" bagi mengelak perlanggaran di udara dengan sebuah pesawat pengebom B-52 milik Tentera Udara AS di North Dakota minggu lepas, lapor beberapa media pada Isnin, menurut Xinhua.
Ringkasan AI
- Sebuah pesawat penumpang Delta Connection terpaksa melakukan gerakan agresif untuk mengelak perlanggaran dengan pesawat pengebom B-52 Tentera Udara AS semasa menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Minot, North Dakota, pada Jumaat lalu.
- Juruterbang memaklumkan kepada penumpang bahawa pesawat B-52 berada dalam laluan berpotensi bertembung, dan tiada makluman awal diberikan mengenai kehadiran pesawat itu, menyebabkan tindakan mengejut perlu diambil.
- Tentera Udara AS sedang menyiasat insiden tersebut dan mengesahkan pesawat B-52 berkenaan melakukan penerbangan khas melintasi kawasan Pesta Negeri North Dakota pada hari kejadian.
Sebuah video yang dimuat naik ke Instagram dan disahkan oleh Storyful menunjukkan juruterbang menjelaskan kepada penumpang bahawa pesawat B-52 berada pada laluan yang berpotensi bertembung dengan pesawat mereka, menurut laporan itu.
Beliau memohon maaf atas gerakan mengejut dan "agresif" yang perlu dilakukan bagi mengelak perlanggaran di udara, sambil menyatakan bahawa "tiada pihak memaklumkan" mengenai kehadiran pesawat lain itu.
Sementara itu, Jurucakap Tentera Udara AS memberitahu Minot Daily News bahawa mereka sedar akan laporan berkenaan dan sedang menyiasat kejadian itu, sambil mengesahkan bahawa sebuah pesawat B-52 dari Pangkalan Tentera Udara Minot - yang terletak kira-kira 20 kilometer di utara Lapangan Terbang Antarabangsa Minot - telah melakukan penerbangan khas melintasi kawasan Pesta Negeri North Dakota pada petang Jumaat.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami