awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jika difitnah, diejek kita harus bangga bermakna kita benar' - Prabowo

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2026
09:30 MYT
'Jika difitnah, diejek kita harus bangga bermakna kita benar' - Prabowo
Prabowo menyelar tindakan golongan yang tidak berpuas hati itu dan menyifatkan mereka sebagai orang yang ingin kaya di atas penderitaan rakyat bawahan. - Gambar YouTube Sekretariat Presiden.
KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia Prabowo Subianto menegaskan kepada Jemaah Menterinya supaya berbangga sekiranya dasar yang sedang diusahakan oleh kerajaan menerima kritikan, ejekan dan fitnah.

Ringkasan AI
  • Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menekankan pentingnya menerima kritikan terhadap program Makan Bergizi Gratis (MBG) yang dianjurkan oleh kerajaan, sebagai suatu kebanggaan.
  • Prabowo menegur golongan yang mengkritik program tersebut, merujuk mereka sebagai yang mahu menjadi kaya atas penderitaan rakyat bawahan, sambil menegaskan manfaat program MBG kepada 55 juta penerima.
  • Walaupun program MBG menghadapi kelemahan dan insiden keracunan yang melibatkan hampir 1,376 pelajar, Prabowo menyatakan program ini telah berjaya 99.99 peratus berdasarkan statistik.

Prabowo mengulas mengenai pihak yang mempertikaikan usaha pentadbirannya untuk memberi makanan secara percuma dalam program Makan Bergizi Gratis (MBG) yang bermula pada awal tahun lalu.
“Jika kita diserang, difitnah, diejek, terimalah itu sebagai suatu kebanggaan… jika orang jahat mengejek kita, itu bererti kita berada di pihak yang benar,” katanya ketika menyampaikan ucap tama yang disiarkan secara langsung pada pemukiman Jemaah Menteri di Hambalang, Indonesia hari ini.
Pada masa sama, Prabowo menyelar tindakan golongan yang tidak berpuas hati itu dan menyifatkan mereka sebagai orang yang ingin kaya di atas penderitaan rakyat bawahan.
“Wahai orang-orang pintar yang mengejek, lihatlah dengan mata dan hati kamu rakyat kita, kanak-kanak itu… dalam alam yang penuh rasuah, penyelewengan, penipuan… mereka mahu menjadi kaya di atas penderitaan rakyat kecil,” katanya.
Menurutnya lagi, program MBG telah memberi manfaat kepada 55 juta penerima, termasuk kanak-kanak dan ibu hamil, setakat hari ini.
Beliau mengakui terdapat kelemahan dalam perlaksanaan program itu, termasuk kekurangan dan penyelewengan yang tidak dapat dielakkan dalam usaha berskala besar itu.
“Jika kita menilai secara objektif berdasarkan statistik, boleh dikatakan kita berjaya 99.99 peratus,” katanya lagi.
Terdahulu media melaporkan, pada 25 Jun hampir 1,376 pelajar disyaki menjadi mangsa keracunan program MBG di beberapa daerah.
Susulan itu, pakar nutrisi turut mencadangkan program MBG dihentikan sementara bagi membolehkan penilaian menyeluruh dijalankan.
Hasil siasatan Jabatan Kesihatan menemui pencemaran bakteria Salmonella, E.coli, Bacillus cereus, Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, dan kulat Candida tropicalis.
Topic Berkaitan
#Presiden Indonesia
#Prabowo Subianto
#program makanan percuma
#Makan Bergizi Gratis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan