awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Joe Biden tersasul panggil Rishi Sunak 'Tuan Presiden' semasa mesyuarat di White House

Bernama
Bernama
09/06/2023
04:30 MYT
Joe Biden tersasul panggil Rishi Sunak 'Tuan Presiden' semasa mesyuarat di White House
Joe Biden (kanan) dan Rishi Sunak bersalaman di akhir pertemuan di Oval Office di White House, Washington, pada 8 Jun 2023. -AP
WASHINGTON: Joe Biden keliru mengenai gelaran Perdana Menteri Britain Rishi Sunak apabila kedua-dua pemimpin itu bertemu di White House, sehingga memanggilnya sebagai "Tuan Presiden", lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dengan segera membetulkan kesilapannya, sambil bergurau bahawa beliau telah "menaikkan pangkat" Sunak.
Pemimpin berusia 80 tahun itu yang duduk bersebelahan Sunak dalam mesyuarat dua hala, berkata: "Baiklah, Tuan Presiden - Tuan Presiden, saya baru sahaja menaikkan pangkat anda. Tuan Perdana Menteri, saya gembira menerima anda kembali."
Sunak, yang tertawa, tidak pernah ke White House sebelum ini sebagai perdana menteri, hanya memegang jawatan Oktober lalu.
Biden memberitahunya: "Dalam beberapa bulan lalu, kami telah berjumpa antara satu sama lain di San Diego dan kemudian kami bertemu di Belfast dan sekali lagi di Hiroshima.
"Dan sekarang, kami di sini akan menyelesaikan semua masalah dunia dalam 20 minit akan datang."
Ini bukan kali pertama presiden AS kelihatan tergagap-gagap dalam percakapannya.
April lalu, semasa lawatannya ke Republik Ireland, Biden dilihat keliru nama pasukan ragbi All Blacks New Zealand dengan "Black and Tans" - pasukan polis kontroversi era Perang Kemerdekaan di Ireland.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#Rishi Sunak
#Tuan Presiden
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan