awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves

Bernama
Bernama
03/02/2026
01:30 MYT
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Seorang pemandu lori cedera pada lengan kiri selepas ditetak dua individu tidak dikenali di Taman Sri Murni, Batu Caves, pada Jumaat lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori cedera pada lengan kiri selepas ditetak dua individu tidak dikenali di Taman Sri Murni, Batu Caves, di sini, pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, dalam kejadian pada 11 malam di sekitar Blok 58 Flat Taman Sri Murni itu, dua lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah motosikal menetak mangsa yang berusia 28 tahun pada bahagian lengan kiri sebanyak empat kali menggunakan parang.
Beliau berkata, suspek yang bertopi keledar kemudian memecut motosikal dan melarikan diri
"Siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali suspek. Semasa kejadian, secara tiba-tiba suspek menghampiri mangsa dan terus keluarkan parang menetak lengan mangsa.
"Mangsa juga memaklumkan tidak pernah bermusuh dengan sesiapa dan tidak mengesyaki sesiapa," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Ahmad Sukarno berkata, menurut saksi kejadian, iaitu teman wanita mangsa yang turut berada di tempat insiden, kejadian itu berlaku amat pantas sehingga wajah suspek yang memakai topi keledar tidak dapat dilihat, selain itu, mangsa juga tiada hutang dengan sesiapa.
Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Selayang dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu lori parah
#ditetak
#parang
#Batu Caves
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan