awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Video tular: Ladang ternakan buaya di Penampang beroperasi secara sah - Polis
Bangladesh panggil duta Myanmar susulan insiden tembahkan rentas sempadan
Goodday KidSTART 3.0 cetus gelombang usahawan cilik nasional
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

John Kerry Setiausaha Negara Amerika Syarikat baru

AFP
AFP
30/01/2013
01:17 MYT
John Kerry Setiausaha Negara Amerika Syarikat baru
Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) mengesahkan Senator John Kerry sebagai Setiausaha Negara AS yang baru untuk menggantikan Hillary Clinton dengan majoriti yang besar pada Hari Selasa.
Dewan Senat mengundi 94-3 untuk Kerry, selepas Jawatankuasa Hubungan Luar meluluskan pencalonannya.
Pencalonan untuk veteran Demokrat yang berusia 69 tahun itu diluluskan pleh Dewan Senat dalam tempoh beberapa hari sahaja.
Kerry, seorang Senator dari Massachusetts yang lebih dikenali di luar AS kerana gagal dalam kempen calon jawatan presiden, telah dicalonkan bulan lepas oleh Presiden AS Barack Obama untuk mengambil alih jawatan Clinton.
Beliau telah lama ingin menjawat jawatan tersebut dan hampir tidak berjaya menjadi Setiausaha AS kerana diwar-warkan bahawa pilihan pertama Obama adalah duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Susan Rice.
Rice menarik diri daripada dipertimbangkan untuk jawatan itu.
Kerry berkata beliau bersyukur terhadap sokongan dari ahli-ahli Jawatankuasa Hubungan Luar, sebuah jawatankuasa yang beliau ketuai.
“Mereka adalah yang terbaik, mereka benar-benar hebat. Saya sangat sayu mengenainya.Ia tidak mudah meninggalkan jawatan ini,” katanya.
Clinton, 65, dijangka meninggalkan jawatan Setiausaha AS pada Jumaat dan diwar-warkan, beliau akan bertanding sebagai calon president AS pada tahun 2016.
Sebaliknya, Clinton telah berkata bahawa beliau ingin berehat selepas empat tahun berkerja keras.
Semasa pendengaran pengesahannya minggu lepas, Kerry berucap mengenai ‘pemikiran baru’ serta menyatakan agenda polisi luar negara dan rancangan untuk hubungan dengan Iran, China dan Timur Tengah.
Aktivis anti-perang itu telah membina kredibiliti yang bertauliah semasa beliau menjadi ahli Senat dimana beliau telah mengadakan percakapan dengan president Syria Bashar al-Assad, menenangkan keadaan di Pakistan dan melawat Semenanjung Gaza.
Topic Berkaitan
#Barack Obama
#Hilary Clinton
#Senator John Kerry
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan