awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakarta terus dilanda cuaca ekstrem, banjir sehingga hujung Januari
Sewa tapak bazar Ramadan 2026 DBKL kini RM400 - Hannah
Lelaki maut rempuh lori melintang tengah jalan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jokowi akan rombak Kabinet, mahu menteri yang cepat buat dasar

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2022
03:14 MYT
Jokowi akan rombak Kabinet, mahu menteri yang cepat buat dasar
Presiden Jokowi)tidak menolak kemungkinan untuk sekali lagi melakukan rombakan Kabinet Indonesia selepas kali terakhir ia dilakukan pada Jun lalu. - Gambar Twitter
JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) tidak menolak kemungkinan untuk sekali lagi melakukan rombakan Kabinet selepas kali terakhir ia dilakukan pada Jun lalu.
Jokowi berkata, keadaan itu mengambil kira kepada perubahan di peringkat global sejak akhir-akhir ini, yang mana beliau menegaskan, perlu kepada tindakan dasar yang cepat dan tepat daripada barisan Kabinetnya.
"Masih (kemungkinan rombakan).
"Sekarang ini setiap hari boleh berlaku perubahan mendadak pada situasi dunia. Kita juga memerlukan kepantasan masa dan ketepatan dalam membuat polisi sehingga kemungkinan kepada (berlakunya) rombakan Kabinet," kata Jokowi seperti dilapor Kompas.com pada Khamis.
Jokowi berpendirian, jika pada masa akan datang rombakan diperlukan untuk kepentingan lebih baik, maka perkara itu akan dilakukan.
"Meskipun tinggal sehari (penggal pentadbiran), kalau diperlukan, ya dilakukan," tambahnya.
Jun lalu, Jokowi melakukan rombakan kecil Kabinet, yang merupakan langkah ketiga beliau dalam penggal kedua memegang jawatan.
Beliau melantik Zulkifli Hasan sebagai Menteri Perdagangan yang baharu menggantikan Muhammad Lutfi yang dikritik ramai susulan langkah kurang berkesan menguruskan bekalan minyak masak domestik, baru-baru ini.
Turut dilantik bekas panglima tentera Hadi Tjahjanto sebagai Menteri Hal Ehwal Pertanian dan Perancangan Tanah, menggantikan Sofyan Djalil.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#rombakan kabinet Indonesia
#Jokowi rombak Kabinet
#Pentadbiran Jokowi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan