awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jokowi arah kabinet telus dan hemat belanja

Astro Awani
Astro Awani
04/11/2014
05:15 MYT
Jokowi arah kabinet telus dan hemat belanja
Jokowi (gambar) mengangkat sumpah sebagai presiden ketujuh Indonesia pada 20 Oktober lalu - Gambar Fail
Presiden Indonesia, Joko Widodo memerintahkan anggota kabinetnya untuk tidak hanya telus dalam mengelolakan kewangan serta aset dan kemudahan negara tetapi juga tidak boros dalam penggunaan belanjawan kerajaan, lapor Kompas.
Menteri Penyelaras Ekonomi, Sofyan Djalil berkata Jokowi berharap arahan itu dapat dilaksanakan oleh anggota jemaah menterinya.
"Ada arahan-arahan untuk mempercepatkan pembangunan, tender-tender projek dan juga penghematan dalam pengelolaan dan penerimaan anggaran agar kerajaan berjalan efektif dan efisien," katanya seperti dipetik oleh akhbar itu pada Selasa.
Menteri Perusahaan Milik Negara, Rini M. Soemarno mengesahkan arahan itu dinyatakan oleh Jokowi dalam mesyuarat kabinet pada Isnin.
"Presiden memerintahkan ketelusan dan hentikan pemborosan belanjawan apa pun di kementerian. Lakukan segera efisiensi agar wang rakyat dapat dimanfaatkan sebesar-besarnya dan sebaik mungkin serta bertanggungjawab," katanya seperti dikutip oleh Kompas.
Rini memberikan contoh penjimatan dalam kegiatan yang dirancangkan oleh kementerian seperti mesyuarat dan penggunaan kemudahan kerajaan.
"Presiden minta kita melihat tempat-tempat yang mungkin boleh memboroskan belanjawan dan tidak cekap," katanya.
Jokowi mengangkat sumpah sebagai presiden ketujuh Indonesia pada 20 Oktober lalu dan beberapa hari kemudian mengumumkan jemaah menterinya yang dinamakan sebagai Kabinet Kerja.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Joko Widodo
#Jokowi
#Kompas
#Sofyan Djalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan