“Pak Prabowo belum pernah coba MRT."
Ringkas jawapan Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi apabila ditanya, mengapa stesen transit aliran massa (MRT) menjadi pilihan untuk pertemuan bersejarah itu.
Dua pesaing politik itu bertemu di Stesen Lebak Bulus, Jakarta, pada jam 10 pagi Sabtu, sebelum bersama menaiki MRT dalam satu gerabak dan turun di Stesen Senayan.
Jokowi dan Prabowo Subianto kemudian menjamu selera di Restoran Sate Khas Senayan di Plaza FX.
Ini merupakan pertemuan pertama mereka pasca Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2019, yang sememangnya dinantikan ramai.
Kata Jokowi, pertemuan itu telah lama dirancang, namun hanya kini berkesempatan untuk direalisasikan.
Kekangan waktu dan urusan luar negara selain masing-masing sibuk dengan jadual yang padat menyebabkan pertemuan itu tertangguh.
Sementera itu, Prabowo mengucapkan terima kasih kepada Jokowi kerana memilih stesen MRT sebagai lokasi pertemuan mereka.
"Di atas MRT ini juga gagasan beliau. Beliau tahu bahawa saya belum pernah naik MRT jadi saya terima kasih. Saya naik MRT, luar biasa," kata Prabowo seperti yang dipetik Kompas.com.
Tambahnya, Indonesia bangga mempunyai MRT yang memudahkan pergerakan kenderaan dan orang awam.
"Walaupun pertemuan ini seolah-olah tidak formal tetapi saya kira memiliki suatu dimensi dan memberi makna yang sangat penting, tambahnya lagi.
Jokowi dan Prabowo bersaing bagi merebut jawatan Presiden Indonesia pada Pilpres April lalu.
Joko Widodo mengekalkan tampuk pemerintahan untuk sepenggal lagi dengan meraih 85.6 juta (55.5%) undi berbanding Prabowo yang hanya memperoleh 68.6 juta (44.5%) undi.
Agensi
Sat Jul 13 2019

Jokowi (kanan) berjabat tangan dan berpelukan dengan Prabowo sewaktu pertemuan mereka di stesen MRT Lebak Bulus, Jakarta. - Sumber: Kompas

TERKINI | SPRM tahan pengarah syarikat di Johor Bahru
Ini berita terbaharu diterima. Seorang pengarah syarikat berusia 36 tahun di Johor Bahru telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan isu kartel daging sejuk beku.

COVID-19: Sarawak kembali catat kes positif tiga angka, dua kematian dilaporkan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan pertambahan 100 kes positif COVID-19 di negeri itu hari ini.
![[INFOGRAFIK] Pakej rangsangan baharu elak rakyat terdedah miskin [INFOGRAFIK] Pakej rangsangan baharu elak rakyat terdedah miskin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/19453508731610963386969/1886119_8967789641610963535408_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pakej rangsangan baharu elak rakyat terdedah miskin

Berita gembira, kerajaan umum "one-off' RM500 kepada pemandu teksi, bas
Muhyiddin Yassin berkata, ia akan memberi manfaat kepada 14,000 pemandu pelancong serta 118,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.

PKPD Kampung Timbang Dayang, Kota Belud ditamatkan
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan tersebut diambil berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

PKP 2.0 di Seremban, Port Dickson bermula esok
Keputusan itu dibuat atas nasihat dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) susulan terdapat peningkatan kes COVID-19 yang sangat tinggi dan mendadak dalam tempoh 14 hari yang lalu.

Pengguna domestik, bukan domestik terima rebat elektrik 2 sen setiap kWj
Semua pengguna TNB domestik dan bukan domestik akan menerima rebat elektrik pada kadar dua sen setiap kilowatt per jam.

Pengisytiharan darurat bertujuan mengekang COVID-19
PM sekali lagi menegaskan pengisytiharan darurat semata-mata bertujuan mengekang penularan wabak COVID-19 yang kini menjadi ancaman terbesar terhadap pembangunan sosioekonomi negara.

Akses maklumat mengenai semua inisiatif dan bantuan tersedia
Semua pihak boleh melayari Portal Manfaat Belanjawan 2021 mulai hari ini, di alamat http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat

Diskaun khas bil elektrik kepada 6 sektor
Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac 2021 kepada enam sektor perniagaan di seluruh negara.

Dikecam kerana berpesta selepas disuntik vaksin, Raffi Ahmad mohon maaf
Raffi Ahmad dikecam teruk oleh netizen ekoran tindakannya menghadiri majlis sosial sebaik menerima suntikan vaksinasi COVID-19.

Rombakan Kabinet: Tokoh baharu diperkenal kukuhkan pentadbiran Jokowi
Antara kementerian yang bakal diterajui nama-nama baharu adalah dalam bidang kesihatan, pelancongan dan sosial.

Jokowi dijangka umum Kabinet baharu hari ini
Beberapa tokoh terkemuka negara itu disebut-sebut sebagai calon menteri Jokowi, antaranya Budi G Sadikin.

Indonesia beri vaksin COVID-19 percuma untuk rakyat
Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) hari ini mengumumkan vaksin COVID-19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat republik berkenaan.

Jokowi pelawa Elon Musk tinjau potensi tapak pelancaran SpaceX di Indonesia
Musk berhasrat menghantar sebuah pasukan ke Indonesia pada Januari depan untuk mengkaji peluang kerjasama berkenaan.

Jokowi pertahan 'Omnibus Law', dakwa rakyat tidak dapat maklumat tepat
Beliau turut meminta golongan yang membantah supaya mencabar kelulusan undang-undang itu di mahkamah perlembagaan.

Penyokong Jokowi kecam Najwa Shihab, dakwa lakukan buli siber ke atas menteri
Ternyata insiden itu tidak digemari penyokong kepada Jokowi yang menamakan diri mereka Relawan Jokowi Bersatu, menyatakan mereka terluka dengan tindakan Najwa itu.

Ribuan sertai protes bantah Undang-undang Cipta Kerja Indonesia
Kelulusan undang-undang itu membabitkan semakan semula ke atas lebih 70 undang-undang sedia ada.

Tidak tahan adik dirogol, ibu didera, remaja tikam bapa tiri
Tidak tahan melihat adik perempuannya dijadikan pemuas nafsu bapa tiri, seorang remaja bertindak menikam lelaki itu sehingga mati di Musirawas, selatan Sumatera.

Enam sekeluarga disahkan positif, dua meninggal dunia
Enam sekeluarga disahkan positif COVID-19 manakala dua daripada mereka meninggal dunia di Kota Bogor, Indonesia.