awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jokowi beri bayangan pusat IKN jadi tarikan ekopelancongan

Astro Awani
Astro Awani
24/02/2023
04:24 MYT
Jokowi beri bayangan pusat IKN jadi tarikan ekopelancongan
Lokasi tempat Jokowi bermalam itu dicanang sebagai tempat bagi bakal penduduk dan bakal pelabur menimba pengalaman tinggal di IKN Nusantara. -Gambar Instagram/Joko Widodo
KALIMANTAN TIMUR: Presiden Indonesia, Joko Widodo dan isteri bersama para menteri dan Ketua Penguatkuasa Ibu Kota Nusantara (IKN), Bambang Susantono bermalam di Kawasan Inti Pusat Pemerintahan IKN (KIPP), yang juga merupakan lokasi yang dirancang sebagai tempat penginapan bakal pelabur dan penduduk IKN.
Menerusi kemas kini di Instagram, Jokowi tampak santai menikmati keindahan alam semula jadi sambil mengadakan perbincangan mengenai perancangan lokasi itu bersama delegasinya.
“Makan sambil menikmati suasana malam di Ibu Kota Nusantara yang sedang dibina. Makanannya ringkas, dimasak oleh chef dari (Istana Presiden) jadi tidak menyusahkan sesiapa. Ada nasi goreng dan mi godog (mi rebus Jawa).
“Jadi kami berbual santai, malam tadi di bawah langit malam IKN," tulisnya pada kapsyen.
View this post on Instagram
A post shared by Joko Widodo (@jokowi)
Jokowi dan delegasinya sedang dalam lawatan rasmi bagi meninjau kemajuan pembangunan infrastruktur di IKN.
Lokasi tempat Jokowi bermalam itu dicanang sebagai tempat bagi bakal penduduk dan pelabur menimba pengalaman tinggal di IKN Nusantara.
Bambang berkata, lokasi itu akan menyediakan sejumlah 17 bilik berbentuk kabin berkonsepkan ekopelancongan bagi memberi pengalaman kehidupan bandar di tengah hutan.
Bagi membangunkannya, Bambang memaklumkan, pihaknya akan membuat penyusunan semula bagi menyesuaikannya dengan pembangunan infrastruktur lain yang dibina.
“Pada masa hadapan ia akan menjadi salah satu pusat magnet pertumbuhan ekonomi Indonesia.
“Tetapi sudah tentu kita akan wujudkan lebih banyak tempat seperti ini, ekopelancongan akan menjadi salah satu elemen penting bandar ini pada masa hadapan,” katanya.
Dengan pembangunan kawasan pelancongan, IKN disasarkan bukan sahaja menjadi pusat pentadbiran, malah menjadi bandar perniagaan dan pendidikan yang seiring dengan alam semula jadi.
Topic Berkaitan
#Joko Widodo
#Indonesia
#ibukota nusantara
#IKN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan